:: Teman-Teman ::


:: My Counter ::

Sunday, November 29, 2009

Sekadar Menulis

Aku bukanlah seorang yang puitis yang mampu bercerita tentang bulan dan bintang dengan penuh kiasan. Aku juga bukanlah dari latar belakang akademik ilmu sastera yang membuatkan sesiapa juga teruja membaca tulisanku ini. Tapi, kisah yang ingin aku kongsikan bersama benar-benar menyentuh hati dan perasaan ini. Cerita ini aku baca dalam sebuah akhbar harian dan ianya benar-benar menyentuh hati kecil perempuanku. Dan aku membacanya berulang-ulang kali.
Ceritanya begini .....
Lebih kurang tiga minggu yang lepas, saya membawa isteri ke sebuah pusat perubatan swasta. Dia mengadu kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. Saya tanya dia, " mengandung kut?" Dia kata tidak. akhirnya doktor mengesahkan isteri saya mengandung dua bulan.
Dia akan berasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk bagi isteri saya. Kasihan sungguh saya melihatnya, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak lalu, minum pun tak nak. Asyik tidur saja. Sekarang saya dah tahu bagaimana nak elakkan insomnia ( gangguan tidur) yang dialaminya. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca al-Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan.
Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bercerita tentang Allah, zat, sifatNya.
Ada yang bertanya bagaimana mahu menasihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tidak kiralah anak, suami atau isteri. Bagaimana ?
1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur, inilah waktuyang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya adalah paling optimum ketika ini, yang tidur hanyalah minda sedar.
2. Sentuhlah ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari di atas ubun-ubun, selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al-Fatihah. Kemudian teruskan dengan zikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh jangan diputuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang perlahan agar tidak sampai mengejutkannya. Beritahulah apa yang anda ingin memberitahunya. Kebiasaannya, saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan selawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi . Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu boleh masuk bersama dengan nasihat anda.
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda apabila kelopak matanya bergerak-gerak. Insyaalah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An-Nu'man), seseorang bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah, Tsabit. " Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewanya jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah " Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit ialah dia sendiri telah diasuh manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dalam kandungan lagi.
Logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih empat segi. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya.
Saya bacakan kisah para Rasul, para Nabi kepadanya. Isteri saya sudah pun nyenyak tidur dibuai mimpi. Saya ke halaman rumah mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil di rumah anak-anak yatim piatu.
Saya bersandar di bangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya di sini, kami akan bercerita tentang segala-galanya. Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim-piatu yang ditinggalkan di tengah padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu dan ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah.
Saya bertekad di dalam hati, bila anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah mamanya.
Saya tidak mahu terus melayan perasaan. Segera saya kunci pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi. Inilah bintang timur dalam hidup saya. Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintakan saya. Insyaalah, tidak lama lagi akan timbul bintang timur kecil dalam hidup saya.....

1 comments:

Anonymous said...

cerita yang menarik

Related Posts with Thumbnails