:: Teman-Teman ::


:: My Counter ::

Thursday, December 17, 2009

Awal Muharam...Bermula Episod Baru


Salam teman-temanku, tanpa kita sedari kita semua sudah hampir ke tahun baru. Tentu tidak ada cita-cita dan azam setiap kali datang tahun baru kepada seorang wanita seperti CN, selain daripada ingin menjadi wanita yang solehah atau mungkin juga menjadi semakin solehah. Tidak dapat kita nafikan, tidak ada harta berharga selain daripada menjadi wanita solehah.

Dari Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:" Dunia itu adalah harta benda, dan sebaik-baik harta ialah wanita solehah."

Pada pandangan CN, menjadi wanita solehah perlu dan penting. Mengapa ? Sebagai isteri kepada seorang lelaki, sebagai ibu kepada tiga orang cahayamata, tanggungjawab kepada suami , kepada anak-anak, hatta tugas sebagai seorang guru, insyaAllah akan terlaksana dengan begitu cemerlang jika menjadi wanita solehah. Bukan mudah untuk melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan dengan baik . Berat mata memandang , berat lagi bahu memikul. CN bukan sahaja mahu melahirkan, tapi CN mahu mendidik anak-anak yang diamanahkan menjadi seorang yang manusia. Yang kenal apa sebenarnya tujuan hidup. Bukan sekadar melepas batuk di tangga. Kerana itu, CN memandang untuk menjadikan seorang manusia itu benar-benar manusia, bukan mudah. Berat tanggungjawabnya, baik di dunia mahu pun di akhirat.


Hidup dalam redha Allah bergantung kepada redha suami. Untuk mendapatkan redha Allah, CN rasa kita perlu jadi wanita solehah. Itulah mungkin cita-cita, azam CN setiap tahun. Tidak pernah rasa jemu, tidak pernah rasa bosan, CN sentiasa berharap hijrah yang dilakukan berulang kali ini akan lebih kuat pengaruhnya pada 1431. Hijrah untuk menjadi wanita mukmin luar biasa, perlukan sesuatu yang luar biasa. Mudah-mudahan tercapai. Amin...

3 comments:

insan pendidik said...

salam,

selamat berhijrah. mudah2an kita akan menjadi insan yang lebih baik. Dan mendapat keredhaan daripadaNya.gra

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam insan pendidik,

selamat berhijrah juga . moga hijrah kita kali ini lebih bermakna..

Umi Azuddin said...

Salaam CN,

Sama-samalah kita berusaha menjadi insan solehah yang terbaik di sisi-Nya.

VpeaceV

Related Posts with Thumbnails