:: Teman-Teman ::


:: My Counter ::

Wednesday, December 9, 2009

" Eh ! Dah...
Dalam perjalanan, tiba-tiba, " Eh ! Dah tutup api ke belum ?" terpacul ayat ini keluar dari mulut CN. " La , mama ni, tadi kan mama yang suruh kakak tutup api ,". Jawab puteri sulungku dengan nada manja. Nasib baik....bisik hati kecilku.
Kenapa ini terjadi ?
Mungkin faktor usia atau mungkin juga rasa was-was.
Was-was adalah perasaan ragu-ragu yang juga merupakan penyakit jiwa. Ia dikaitkan dengan bisikan, godaan dan hasutan syaitan dalam hidup manusia. Ia perlu diubati segera kerana dikhuatiri akan merebak ke seluruh aspek kehidupan seperti yang biasa berlaku dalam kehidupan kita.
Daripada kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
Mungkin kita dapat mengatasi masalah ini dengan menguatkan pegangan hati dan sentiasa melakukan sesuatu perkara itu dalam keadaan sedar dan bukan di bawah sedar. Seperkara lagi, rasa was-was usah dilayan kerana ia akan hilang selepas tidak dipedulikan. InsyaAllah....

5 comments:

Unknown said...

cgu
satu perkongsian yg menarik.
disebab cgu tulis macam ni.....
saya pun was2 - dah tutup ke belum ' iron ' kat rumah......
.......

insan pendidik said...

salam,

Benar penyakit was2 ni bole menyebabkan jiwa tak tenteram.Apatah lg kalau menganggu waktu beribadat tu.

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam insan pendidik,

Bahaya sebenarnya penyakit was-was ni, doktor pun tak de ubatnya.
Mungkin pengisian yang brmakna yg dapat elakkan kita drpnya.

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam jinggo,

Ada dua yg boleh jinggo buat :
(1) balik rumah tutup 'iron' atau (2) abaikan sahaja, jgn dilayan....(ye ke ???)

Mama Tanjong said...

Biasalah tu.
Saya pun gitu gak. Dulu bila saya dah park keta terpaksa berundur balik tengok keta dah kunci ke belum sebab saya punya alarm tu tak berbunyi. Minggu lepas saya ke Perodua minta alarm berbunyi - baru lega. Bila dah park keta..piit..pitt..Dia bunyi dua kali.So bila kita dah melangkah 10 langkah..otak kita bgtau bhwa keta dah kunci melalui deria dengar.
'Lupa' tu biasa, tp kita ada cara nak buat supaya kita tak lupa sangat.Kalau kita selalu lupa di mana kita letak jam tangan, kerongsang ke , apa ke jangan buka jam tangan tu sehingga kita sampai ke tempat yang selalu kita letak, umpamanya dalam laci almari solek ke. Senang kan

Related Posts with Thumbnails