:: Teman-Teman ::


:: My Counter ::

Tuesday, December 29, 2009

Episod 4 - Jamu Selera di Pasar Geylang Serai


Sebut saja makanan Islam, memang terdapat banyak di Malaysia. Tidak perlu risau. Beratus-ratus gerai atau kedai yang menyediakan makanan halal lagi bersih.  Tapi  di Singapura, terdapat tiga daerah yang sangat popular dalam menyediakan makanan Islam, iaitu di Simpang Bedok, Arab Street dan Geylang Serai, khususnya di Pasar Geylang Serai yang menjual pelbagai jenis makanan Melayu-Islam yang menjadi kegemaran ramai.


Dengan adanya gerai-gerai di sini, ia memberi pelanggan lebih banyak pilihan makanan untuk dicuba. Ketika di Pasar Geylang Serai ini, CN telah mencuba sebungkus nasi lemak yang berlaukkan ikan goreng  yang bernilai 3 Dollar Sing ( $3 ) iaitu kira-kira RM 7.50. Memang mahal... tapi apa boleh buat... tiada pilihan.

1 comments:

Cikgu Ibrahim said...

Seronok tak cikgu bercuti di Singapura. Abang saya ada bekerja di Singapura tu, dia kata makan memang mahal kat situ. Sebab tu saya malas nak pergi. Duit dia lebih mahal daripada kita. Kakak saya pula kat Brunei. Sama juga, duit dia lebih mahal dari kita.

Related Posts with Thumbnails