:: Teman-Teman ::


:: My Counter ::

Thursday, December 10, 2009

Hargai Usia
Syukur alhamdulillah hanya tinggal beberapa hari lagi, kita semua akan berada di tahun baru. Bermakna usia meningkat setahun lagi. Yang muda menjadi dewasa dan semakin matang, manakala yang tua bertambah tua. Usia tua atau senja tiada pengecualiannya kepada setiap manusia. Ajal maut tiada siapa yang tahu. Hari ini bernafas, esok belum tentu.
Oleh itu, manfaatkanlah usia dan masa yang ada sebaik-baik amalan. Kerana sesungguhnya, Allah mengingatkan : Demi masa! Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Bagaimana manusia memanfaatkan usia yang masih berbaki itu, ia sering menjadi persoalan. Yang menghabiskan usia dengan cara yang betul, syukur alhamdulillah.
Daripada Abi Bardah al Aslami, Nabi Muhammas s.a.w bersabda bahawa setiap anak Adam tidak akan berganjak tapak kakinya dari kanan ke kiri, depan ke belakang sehingga Tuhan bertanya empat perkara :
1. Tentang usia bagaimana dihabiskan.
2. Tentang harta dari mana dan ke mana dihabiskan.
3. Tentang ilmu, apakah yang dimanfaatkan dengannya.
4. Waktu bertenaga, bagaimana dihabiskan tenaga itu.
Memetik kata Ibnu Jauzi, katanya :
1. Orang yang dipanjangkan usia, harus melihat ada orang lain yang tidak panjang usianya. Ketika itu seseorang itu tidak akan melihat yang lain kecuali menambahkan amal ibadatnya kepada Allah dan sentiasa bermohon Allah memberkati usianya.
2. Jika seseorang merenung usia panjang yang diberikan Allah tidak sama lagi ketika dia muda, ketika itu dia akan tahu bahawa usia itu telah sampai ke penghujung. Maka, alangkah eloknya dia bertaubat kepada Allah dan timbul penyesalan ke atas kerja maksiatnya selama ini.
3. Seseorang yang dipanjangkan usianya oleh Allah sepatutnya harus ingat bahawa Allah memberi peluang kepadanya untuk memanfaatkan umurnya ke arah yang baik. Mungkin ketika muda dia tidak melakukan kerja yang baik, jadi alangkah indahnya umur yang sebegitu digunakan untuk mendapatkan semula kebaikan yang tidak diperolehinya ketika muda.
Kita, bagaimana ?

11 comments:

Pn Kartini said...

Semoga usia yg mkn menjangkau ini ..dilimpahi keberkatanNya..:)

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor said...

salam ziarah. semua akan menempuh masa tua. hargailah usia itu.

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam Pn. Kartini...

Insya-Allah..mudah-mudahan kita berada di bawah payung lindungan-Nya..
Amin~

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam Pn. Hajah

Terima kasih kerana sudi ziarah. Usia itu satu anugerah.

insan pendidik said...

salam,

seharusnya kita peringat soal mati. seolah2 kita akan mati esoknya. Mudah2an kita dah bersedia amal ibadat secukupnya apabila menanti saat itu.

setiakasih said...

salam... aku hargainya.

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam IP,

Mudah2an kita semua sudah bersedia bila dijemput nanti. Jgn lupa utk berdoa....mati dalam husnul khatimah.

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam setia kasih,

Terima kasih , moga kita sama-sama menghargainya...

abu muaz said...

benar sekali cikgu.setahun lagi usia kita akan bertambah. saya semakin dekat dengan 50 tahun.... sekejap saja tak terasa pun .

Mama Tanjong said...

salam
Usia hanya angka. Ada yang usia 40 tp mcm dah 57.Ada pulak yg dah 55,tapi nampak mcm 40 je.Apa yang penting ialah kualiti usia itu.Amalkan mengingati 5 sebelum 5.Tua ialah proses yag mesti ditempuhi.Mati itu pasti.Tapi bukan penamat..ia hanya rehat sementara untuk perjalanan yang amat panjang menuju titik infiniti
dah siap nk ke Langkawi ke..hujan dah berenti ni.Tak de la takut nak naik kapai kut.

fateenrafhan said...

salam ziarah=)

Related Posts with Thumbnails