:: Teman-Teman ::


:: My Counter ::

Tuesday, December 15, 2009

Mahsuri, legenda Langkawi

Tidak lagi menjadi padang jarak padang tekukur

Tapak kawasan beras terbakar

Pemandangan dari puncak

Pemandangan dari dalam kereta kabel


Beratur panjang ketika menunggu giliran

Makam Mahsuri

Mahsuri, legenda Langkawi tersohor. Merupakan seorang isteri dan ibu kepada seorang anak lelaki, dihukum bunuh atas tuduhan berzina. Dia mangsa fitnah, lantas sebelum kematiannya, Mahsuri bersumpah Langkawi akan menjadi padang jarak padang tekukur dan tujuh keturunan tidak akan hidup senang. Sejarah Mahsuri semakin dilupakan, apatah lagi anak-anak sekolah kini memang tidak minat langsung untuk mengetahui sejarah masa lampau Langkawi.

Pusara Mahsuri, khabarnya kini semakin kurang pengunjungnya, dan ini dilihat sendiri oleh CN ketika berkunjung ke pulau itu baru-baru ini.
Selain dari Kota Mahsuri, CN lihat ramai pengunjung tidak melepaskan peluang untuk menaiki kereta kabel yang letaknya di Gunung Cincang. Teruja melihat orang yang begitu ramai. Atas desakan putera dan dua puteri CN, kami pun terpaksa beratur panjang untuk membeli tiket menaiki kereta kabel. Hampir sejam menunggu, kini tibalah giliran CN empat beranak melangkahkan kaki ke dalam gondola. Kecut perut dibuatnya. Doa mengiringi pemergian CN ke puncak Gunung Cincang. Tiupan angin yang agak kuat, membuatkan CN kecut perut... almaklumlah, menaiki kereta kabel ini bukan agenda utama , tapi bila mengingatkan putera-puteri CN, ku gagahi jua, walaupun sebenarnya CN gayat. Bila tiba di hentian pertama, kepala agak pening sedikit. Mungkin tertekan...takut pun ye juga. Yang mampu CN lakukan hanyalah duduk di kerusi yang disediakan, yang lainnya hilang menikmati keindahan ciptaan Allah . Kesempatan menyaksikan panorama dari puncak Gunung Cincang dengan mata kepala sendiri mencipta satu lagi kenangan manis buat CN.
Tidak lengkap rasanya, kalau tidak ke pusat membeli-belah terkenal, Idaman Suri atau mungkin juga ke Haji Ismail Group. CN pergi juga, tapi rasanya tidaklah membeli sakan, sekadar membeli sedikit buah tangan untuk anak-anak buah CN. Biasalah, apa lagi kalau bukan coklat.
Percutian selama 3 hari 2 malam benar-benar meninggalkan kenangan paling manis dalam hidup CN. Insya-Allah , 1 Muharam 1431 nanti , CN ke Singapura pula. Hanya kami berdua...CN dan suami tercinta.
Cuti-cuti Malaysia......

7 comments:

Pn Kartini said...

Salam...:)
ermmmmmmm.....bercuti sakan dia..seronoknyaaaa:):):)
Pe2..Selamat bercuti..:)
Take care yaa..

insan pendidik said...

salam,

cuti2 malaysia yea. IP hari tu pegi gak Langkawi. Tapi tak sempat nk lawat makam mahsuri. Naik kete kabel tu pun tak sempat. Sebabnya shopping memanjang hehe

MaizaC'Joe said...

salam perkenalan cikgu..

maiza orang kedah dan pernah menetap di langkawi.. bercuti di sana memang best.. tapi kalau menetap di sana.. hee... adoi.. sekarang pun selalu ke langkawi atas urusan kerja..

Unknown said...

sama dengan maiza
saya pun orang kedah yg tak pernah sampai tempat tu....
sedihnya.

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam Pn Kartini

Seronok, sekali sekala pergi bercuti ni, cuti pun hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Masa yang ada CN gunakan sebaik mungkin untuk menyatakan rasa sayang CN pada anak-anak.

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam IP,

Wah , mesti seronok ke Langkawi. Berbondong-bondong buah tangan IP bawa balik ke KL ye.

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam Maiza,

Salam persahabatan. Moga terus terjalin ikatan ini

Related Posts with Thumbnails