:: Teman-Teman ::


:: My Counter ::

Friday, December 4, 2009

Oh ! Guruku



Senarai Tugas Guru-guru Malaysia :




Merancang pengajaran


Menyediakan persediaan mengajar


Menyemak hasil kerja pelajar


dan macam-macam lagi, antaranya ialah

  • Mengadakan perbincangan dengan pelajar
  • Memberikan bimbingan dan menasihati pelajar
  • Menyiapkan rancangan tahunan
  • Memantau rakan setugas
  • Mencatat kehadiran pelajar
  • Mengemaskini maklumat pelajar
  • Menjadi penasihat pelajar
  • Terlibat dalam perhimpunan
  • Menjalankan aktiviti kokurulum
  • Menjalankan aktiviti kokurikulum
  • Mengutip wang yuran
  • Persediaan sebagai tuan rumah
  • Jurulatih daerah
  • Mengiringi pelajar
  • Hakim pertandingan di dalam dan di luar sekolah
  • Mesyuarat sekolah dan di luar daerah
  • Kursus Dalam Perkhidmatan
  • Penglibatan dalam keceriaan sekolah
  • Pengawas Peperiksaan Awam
  • Menjaga dan memantau disiplin pelajar


Dan baru-baru ketika sibuk mengemas rumah ( maklumlah cuti sekolah ), terpapar di muka hadapan sebuah akhbar harian.......



Dua bulan intip puluhan pelajar ponteng

Cikgu paparazi

Sekumpulan guru bertindak menjadi 'paparazi'hampir dua bulan bagi menangani masalah ponteng di sekolah mereka. Hasilnya , mereka berjaya merakamkan puluhan gambar dan video pelajar terbabit melakukan perbagai kegiatan tidak berfaedah , termasuk menonton filem lucah beramai-ramai.



K E S I M P U L A N N Y A :



Guru-guru :

Penat , Bosan , Tertekan ,


ATAU MUNGKIN JUGA , GURU:



H E B A T



Menurut Stenhouse (1984):



Guru yang hebat ialah guru yang boleh membuat pertimbangan profesional tersendiri. Mereka tidak perlu diberitahu perkara yang hendak dilakukan. Mereka tidak bergantung kepada para pengkaji, nazir sekolah atau para inovator. Hal ini tidak bermakna mereka tidak menerima idea orang lain. Mereka tahu bahawa idea dan sesiapa pun tidak begitu berguna sehingga idea ini menyerap dan menjadi pertimbangan guru itu sendiri. Dengan kata lain , tugas para pendidik di luar bilik darjah ialah berkhidmat sebagai guru , manakala dalam bilik darjah hanya guru yang dapat menentukan pengajaran yang baik.



Renung-renungkan dan Selamat beramal.........

5 comments:

Mama Tanjong said...

salaam.
Benar belaka apa yang dikata.Guru bukan saja bosan, penat dan tertekan, tetapi memendam rasa dan berduka lara menunggu pujukan yang tak kunjung tiba.Peringkat awal profesion Guru berangan menjadi MATAHARI yang menerangi dunia pendidikan namun akhirnya ..bukan hanya menjadi lilin yang terbakar dan mencair ..tetapi timun lembut yang sering terluka bila menggelek ,bergolek dan digelek. Apa pun ..guru tetap selamanya bagai MATAHARI.Mari kita jalankan tanggung jawab wajib , sunat dan harus sahaja yang telah diamanahkan..lupakan yang makruh, dan haram.Anda akan rasai kemanisan bertugas selagi berniat kerana Allah.Senyum selalu..dunia akan tersenyum bersama anda.

Umi Azuddin said...

Salam ziarah Cikgu,

MasyaAllah beratnya tanggungjawab guru! Semoga cikgu tabah dan sabar dalam menjalankan tugas berat mendidik anak bangsa.

VpeaceV

Cikgu Norhaliza™ said...

Guru... umpama lilin , membakar diri untuk menerangi orang lain

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam Mama Tanjong,

Kalau dulu, bosan, penat dan tertekan tapi sekarang tidak lagi, kerana dunia perguruan inilah yang mendidik kita menjadi manusia sejati. Insyaallah, ganjaran yang hebat menanti, mungkin bukan di sini tapi di alam yang kekal abadi.

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam umiazuddin...

Terima kasih krn sudi singgah di blog ini. Memang berat tanggungjawab yang dipikul insan yang bernama guru. Namun percayalah. andai ikhlas, benda berat akan jadi ringan. Benda sukar akan jadi senang. Mudah-mudahan....

Related Posts with Thumbnails