:: Teman-Teman ::


:: My Counter ::

Monday, December 7, 2009

Si Gembala Kambing
Suatu hari Umar melihat seorang anak gembala miskin sedang menggembala kambing yang banyak milik majikannya. Umar bertanya kemudian, "Nak, bolehkah aku membeli seekor kambing yang sedang kau gembala itu ?".
Si anak gembala menjawab,"Kambing ini bukan milikku, melainkan milik majikanku. Aku tidak boleh menjualnya."
Umar memujuknya lagi, "Kambing itu amat banyak. Apakah majikanmu tahu akan jumlahnya ? Apakah dia suka memeriksa dan menghitungnya?"
Si gembala kambing menjawab dengan nada tegas. " Tidak, majikanku tidak tahu berapa jumlah kambingnya. Dia tidak tahu berapa yang mati dan berapa yang lahir. Dia tidak pernah menghitung dan memeriksanya."
"Kalau begitu jika hilang seekor kambing, majikanmu tidak akan mengetahuinya. Ini wangnya, terimalah. Ambil sahaja untuk kamu membeli pakaian atau makanan," desak Umar untuk mengujinya.
Namun anak itu tetap tidak berganjak dari keputusannya, walaupun ditawarkan wang yang banyak.
Umar kemudian menyambung, "Kambing itu amat banyak. Majikanmu tidak akan tahu jumlahnya. Jika kamu menjualnya seekor, majikan kamu tidak akan tahu. Di sini tiada orang lain, hanya ada aku dan kau sahaja. Tidak ada orang lain yang tahu.
Dengan tegas anak itu menjawab, "Memang tidak ada orang lain di sini, tapi ada Allah. Allah Maha Mengetahui. Allah menyaksikan semua yang terjadi ".
Mendengar akan jawapan itu, Umar pun terus menangis dan mendakap si gembala kambing dengan penuh kasih sayang.

10 comments:

abu muaz said...

Salam Seorang anak muda yang sangat hebat kerana mengajar seorang khalifah tentang sifat Allah. Malang bagi anak-anak muda kita hari.... dan ada lagikah anak muda seperti itu sekarang?

Unknown said...

cgu - satu perkongsian yang menarik mengenai kejujuran..
ini bezanya
percaya
kepercayaan...

insan pendidik said...

salam,

Cerita yang bagus buat renungan bersama. Biar ape pun perbuatan kita. Biar di mana pun kita berada. Yang pastinya Allah melihat ape yg kita lakukan.

Unknown said...

bagus budak ini lebih baik daripada bapak budak yang ada di malaysia yang kuat makan rasuah.
bergurulah dengan budak ini wahai semua bapak budak yang makan rasuah.

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam Abu Muaz,

Ada...insyaallah...kitalah yang akan membentuk mereka menjadi seperti si anak gembala kambing itu.. Mudah-mudahan..

Cikgu Norhaliza™ said...

Salan jinggo..

Antara percaya... dan kepercayaan..

Serupa , tapi tak sama...

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam Insan Pendidik...

Kitalah insannya yang akan mendidik anak-anak Malaysia moga menjadi seperti si pengembala kambing tadi. Andai kita lupa dan alpa, pincanglah dunia.

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam Ziarah Saudara Abdul Halim...

Betul, betul, betul, budak-budak kat Malaysia kena berguru dengan si pengembala kambing ni.. bukan setakat budak sahaja, bapak budak kena juga..
bapak budaklah kena bagi contoh yang baik...baru anak-anak bapak turut akan jadi baik juga... aman dunia

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

si pengembala yang jujur dan tawadduk.. =)

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam Putra Al-Maliki...

Semoga sikap si pengembala menjadi contoh kepada kita semua.

Related Posts with Thumbnails