:: Teman-Teman ::


:: My Counter ::

Thursday, December 31, 2009

Sumber Inspirasiku...Bercita Tinggi !


Mereka bukanlah sesiapapun suatu ketika dahulu. Tetapi kini mereka telah mencipta nama dan dikenali di seluruh pelosok dunia. Jatuh bangun dan penderitaan yang bertamu ternyata telah menghadiahkan kejayaan yang tiada bandingannya. Kini, mereka disanjung dan dipuja. Malah menjadi sumber  inspirasi CN.



Soichiro Honda dilahirkan pada 17 November 1906 di Hamamatsu, Shizuoka, Jepun. Beliau merupakan pengasas syarikat Honda Motor Co. Ltd.
Sejak dari kecil, Honda membantu bapanya, Gihei, seorang tukang besi menguruskan perniagaan membaiki basikal  di kampung mereka. Ketika berusia 15 tahun, Honda merantau ke bandar Tokyo untuk mencari pekerjaan, tanpa sebarang kelayakan akademik.  Honda, diambil bekerja sebagai tukang besi di sebuah garaj. Selama enam tahun bekerja di situ, Honda mengambil keputusan untuk pulang semula ke kampung halamannya. Beliau membuka perniagaan membaiki kenderaan ketika usianya mencecah 22 tahun.  Pada tahun 1937, Honda mula menghasilkan piston ring untuk enjin kecil yang digunakan dalam motosikal. Honda juga  pernah digelar sebagai Japanese Henry  Ford. Setelah bersara, Honda  masih sibuk dengan tugasan berkaitan Honda Foundation. Meninggal dunia pada 5 Ogos 1991 akibat kerosakan hati.




Harland David Sanders atau lebih dikenali sebagai Colonel Sanders dilahirkan pada 9 September 1890. Menghembuskan nafas yang terakhir pada 16 Disember 1980.  Merupakan pengasas restoran makanan segera terkenal di dunia iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC). Disebabkan desakan hidup, ibunya keluar bekerja dan Sanderslah yang bertanggungjawab memasak untuk keluarganya. Sanders terpaksa berhenti sekolah akibat daripada kemiskinan keluarga.
Resepi 11 herba dan rempah rahsia Sanders telah menjadikan ayam gorengnya diminati ramai. Sesuai dengan taglinenya 'Sehingga Menjilat Jari'. Resepi tersebut ditulis sendiri oleh Sanders. Sehingga kini, rahsia resepi Sanders itu dikawal ketat dan tetap terpelihara.





Siapa yang tidak kenal dengan Rowan Atkinson yang tidak malu membawakan watak bodoh. Beliau merupakan pelajar pintar, yang menuntut di Universiti Newcastle dalam bidang Kejuruteraan Elektrik. Kreativitinya semakin menyerlah menerusi Mr Bean dan kerana rancangan itulah beliau dikenali sebagai Charlie Chaplin moden.


Nama mereka harum dan terkenal sebagai individu yang BERJAYA.

2 comments:

Unknown said...

satu lagi nama yg tertinggal
HARUN ABU BAKAR....
semua mereka membayar harga yang mahal untuk berjaya...............

izakhairi said...

moga kejayaan mereka dapat membuka hati dan minda kita supaya tidak hanya berpuas hati terhadap apa yang ada pada hari ini tetapi sentiasa berusaha untuk memajukan diri...

Related Posts with Thumbnails