:: Teman-Teman ::


:: My Counter ::

Sunday, December 6, 2009


Tertekan? Runsing? Stres? atau ......
Tertekan ke hari ini? Maklumlah seharian di rumah bersama anak-anak, melayan kerenah dan perangai mereka, lebih-lebih lagi apabila sang suami tiada di rumah, keluar daerah atas tuntutan kerja atau mungkin bersama rakan di kolam pancing. Macam-macam yang hendak difikirkan.. "bila nak angkat baju nie..?" aduh, tak masak lagi, anak-anak dah lapar" "mama, tengok adik ni!"
dan macam-macam lagi jeritan.
Jangan susah hati!!!

Berdasarkan firman Allah: "Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang".

Runsing dan tekanan berpunca daripada hati yang kosong. Apabila hati kosong, maka syaitan menyelinap ke dalam hati dan menaburkan benih kebosanan.Untuk mengalahkan syaitan, hati perlu diisi dengan Zikrullah dan iman. Dosa sama ada kecil atau besar adalah perosak dan peruntuh iman. Orang yang benar-benar mahu memelihara dan meningkatkan iman, janganlah melakukan dosa, kalau TERbuat dosa, cepat-cepatlah istghfar dan bertaubat kepada Allah. Sebagai Muslim, kita hendaklah berzikir dan membaca beberapa kalimah untuk menghilangkan rasa rungsing.

  1. Ucapkan La ilaha illa Allah sentiasa agar bibir kita dibasahi dengan Zikrullah siang dan malam.
  2. Membaca Bismillah apabila memulakan sesuatu pekerjaan .
  3. Membaca Alhamdulillah apabila selesai melakukan sesuatu pekerjaan.
  4. Apabila terbuat sesuatu kesalahan atau terserempak denga dosa, bacalah Astghfirullahal Azim.
  5. Apabila menghadapi kesukaran, bacalah Lahaula wala quwata illa billahilaliyil a'zim.
  6. Apabila kerunsingan, baca La ilaha anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin (doa Nabi Yunus)
  7. Apabila ditimpa musibah ucaapkan, Inna lillahi wainna ilaihi raji'un.

Dengan mengamalkan doa-doa ini, di dalam kehidupan kita, insyaAllah, hati akan menjadi tenang.

Selamat Beramal.....






15 comments:

insan pendidik said...

salam,

anak tu adalah amanah. bila tiada jiwa kita bole sepi dibuatnya...

abu muaz said...

Benar sekali cikgu.zikir makin kurang tetapi nyayian makin hebat sebab tulah jiwa semakin kacau.

Unknown said...

salam
satu perkongsian yang amat2 praktikal..
saya link blog ni - mungkin ada banyak yg boleh kita kongsikan

Unknown said...

salam cgu
satu perkongsian yg amat2 menarik.....

cm said...

salam..
singgah diblog cikgu, ada sesuatu yang boleh dikongsi untuk hati... Alhamdulillah.
tq kerana menjenguk saya!

مسافر اسلام said...

Salam ziarah..
ubat yang mujarab untuk hilangkan tension ni senang je cikgu..
amik wuduk, solat sunat 2 rakaat dan baca al-Quran...insyallah jiwa tenang.

Mama Tanjong said...

Salam cikgu,
Saya minta izin copy cara2 berzikir ketika tension tu.Selagi kita bernama manusia,yang selalu diuji, pasti tak lepas dari tension ni.Saya nak tambah sikit ye..Selalulah kita membaca Quran.Maksud saya setiap hari..dengan memahami maknanya .Insyaallah kita tak kan merasa sedih apabia diuji dengan tingkahlaku manusia

Mama Tanjong said...

Salam cikgu,
Saya minta izin copy cara2 berzikir ketika tension tu.Selagi kita bernama manusia,yang selalu diuji, pasti tak lepas dari tension ni.Saya nak tambah sikit ye..Selalulah kita membaca Quran.Maksud saya setiap hari..dengan memahami maknanya .Insyaallah kita tak kan merasa sedih apabia diuji dengan tingkahlaku manusia

Cikgu Norhaliza™ said...

salam untuk insan pendidik

memang betul kata saudara..anak merupakan amanah dari Allah..sepi hari tanpa mereka..Moga artikel ini memberi manfaat kepada semua pihak termasuk saya.

Cikgu Norhaliza™ said...

salam untuk insan pendidik

memang betul kata saudara..anak merupakan amanah dari Allah..sepi hari tanpa mereka..Moga artikel ini memberi manfaat kepada semua pihak termasuk saya.

Cikgu Norhaliza™ said...

salam untuk abu muaz

saya setuju dengan saudara..bykkan berzikir drpd menyanyi..tp bdk sekarang..byk menyanyi dr berzikir..Moga artikel ini memberi manfaat kepada semua pihak termasuk saya.

Cikgu Norhaliza™ said...

salam untuk jinggo

terima kasih.. yang baik dtg dr Allah..yg buruk dr sy sendiri..terima kasih kerana sudi link ke blog ini..Moga artikel ini memberi manfaat kepada semua pihak termasuk saya.

Cikgu Norhaliza™ said...

salam untuk cikgu math

terima kasih kerana sudi singgah di blog saya juga..Moga artikel ini memberi manfaat kepada semua pihak termasuk saya.

Cikgu Norhaliza™ said...

salam untuk musafir islam

betul apa yang dikatakan oleh saudara.. dengan mengambil air wudhu, solat sunat 2 rakaat dan membaca Al-Quran, jiwa kita akan menjadi tenang dengan izin Allah..Moga artikel ini memberi manfaat kepada semua pihak termasuk saya.

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam ... Mama Tanjong

Copylah , tak pa....untuk kebaikan semua termsk diri saya. Mudah2an ia dapat memberi manfaat ....betul , setuju sgt, dgn membaca Quran , hati akan menjadi tenang.

Related Posts with Thumbnails