:: Teman-Teman ::


:: My Counter ::

Thursday, December 31, 2009

Sumber Inspirasiku...Bercita Tinggi !


Mereka bukanlah sesiapapun suatu ketika dahulu. Tetapi kini mereka telah mencipta nama dan dikenali di seluruh pelosok dunia. Jatuh bangun dan penderitaan yang bertamu ternyata telah menghadiahkan kejayaan yang tiada bandingannya. Kini, mereka disanjung dan dipuja. Malah menjadi sumber  inspirasi CN.



Soichiro Honda dilahirkan pada 17 November 1906 di Hamamatsu, Shizuoka, Jepun. Beliau merupakan pengasas syarikat Honda Motor Co. Ltd.
Sejak dari kecil, Honda membantu bapanya, Gihei, seorang tukang besi menguruskan perniagaan membaiki basikal  di kampung mereka. Ketika berusia 15 tahun, Honda merantau ke bandar Tokyo untuk mencari pekerjaan, tanpa sebarang kelayakan akademik.  Honda, diambil bekerja sebagai tukang besi di sebuah garaj. Selama enam tahun bekerja di situ, Honda mengambil keputusan untuk pulang semula ke kampung halamannya. Beliau membuka perniagaan membaiki kenderaan ketika usianya mencecah 22 tahun.  Pada tahun 1937, Honda mula menghasilkan piston ring untuk enjin kecil yang digunakan dalam motosikal. Honda juga  pernah digelar sebagai Japanese Henry  Ford. Setelah bersara, Honda  masih sibuk dengan tugasan berkaitan Honda Foundation. Meninggal dunia pada 5 Ogos 1991 akibat kerosakan hati.




Harland David Sanders atau lebih dikenali sebagai Colonel Sanders dilahirkan pada 9 September 1890. Menghembuskan nafas yang terakhir pada 16 Disember 1980.  Merupakan pengasas restoran makanan segera terkenal di dunia iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC). Disebabkan desakan hidup, ibunya keluar bekerja dan Sanderslah yang bertanggungjawab memasak untuk keluarganya. Sanders terpaksa berhenti sekolah akibat daripada kemiskinan keluarga.
Resepi 11 herba dan rempah rahsia Sanders telah menjadikan ayam gorengnya diminati ramai. Sesuai dengan taglinenya 'Sehingga Menjilat Jari'. Resepi tersebut ditulis sendiri oleh Sanders. Sehingga kini, rahsia resepi Sanders itu dikawal ketat dan tetap terpelihara.





Siapa yang tidak kenal dengan Rowan Atkinson yang tidak malu membawakan watak bodoh. Beliau merupakan pelajar pintar, yang menuntut di Universiti Newcastle dalam bidang Kejuruteraan Elektrik. Kreativitinya semakin menyerlah menerusi Mr Bean dan kerana rancangan itulah beliau dikenali sebagai Charlie Chaplin moden.


Nama mereka harum dan terkenal sebagai individu yang BERJAYA.

Hanya Ibu Yang Tahu



Usah disangsikan lagi
Inilah lambang kasih sejati
Termetri dalam hati ibu
Tiada yang dia pinta
Melainkan kesejahteraan anak-anaknya
Biar dia sendiri terseksa
Kerana melahirkan anak itu adalah korban mulia
Cuma ibu yang tahu
Anugerah kasih tanpa hijab
Jadilah ibu, baru kau tahu
Kenapa Allah meletakkan syurga
Di bawah telapak kakinya ...


Dari anis

Wednesday, December 30, 2009

Episod 5 - Rambang Mata




Setibanya di lokasi, CN disajikan dengan satu pemandangan yang menarik. Kelihatan sebuah pusat membeli belah yang mengetengahkan binaan moden dan unik. Semua itu sudah cukup membuatkan CN tidak sabar untuk menjelajah ke dalamnya. Tambah menarik apabila terdapat jalan raya yang dibina khas untuk pejalan kaki sekali gus mewujudkan suasana tenang kepada pengunjung yang datang untuk membeli-belah.

Tanpa melengahkan masa, CN memasuki Ngee Ann City, sebuah pusat membeli-belah paling terkenal di Singapura.

Mata CN tertumpu ke pelbagai jenis kedai serta butik mewah yang menawarkan koleksi pakaian, beg tangan, kasut, aksesori dan macam-macam lagi dengan rekaan yang menarik. Meskipun harga yang ditawarkan agak tinggi, CN lihat ramai rakyat Malaysia yang berbelanja mewah di sini. Menang membeli, alah memakai katanya. Memadailah dari tiada. Tidaklah pulang nanti dengan tangan kosong.

CN hanya sekadar menjamu mata dengan melihat produk-produk yang dipamerkan. Lagipun ia merupakan satu terapi yang menarik. Walaupun CN tidak berkemampuan untuk membeli-belah namun dengan melihat apa yang ada, sudah cukup menyenangkan hati dan perasaan.

Di sepanjang jalan itu juga dibina beberapa buah bar, kafe serta restoran makan bagi merehatkan diri untuk seketika sebelum menyambung semula aktiviti berbelanja. Secara tidak langsung kemudahan yang disediakan itu benar-benar menyempurnakan suasana santai waktu membeli.

Suka-suki

Salam Click Me~kepada semua rakan-rakan maya,

Tidak lama lagi, kita akan memasuki tahun baru, CN berasa gembiraClick Me~,tidak sabar2 memulakan tahun baru dengan penuh keazamanClick Me~

Malam tadi, CN terfikir Click Me~.... Apa agaknya azam baru untuk tahun depan??
Azam tahun 2009 dah terlaksana ke??Click Me~

Antara azam-azam CN untuk tahun baru ialah :

1.Harap-harap pelajar-pelajar CN tahun depan tidak malas Click Me~, kalau tidak CN akan Click Me~..

2.CN berazam untuk cuba mengawal kemarahan Click Me~..

3.Kalau CN diberi kerja, CN akan buat tanpa melenguh, ops, salah, mengeluh Click Me~....

4.Tidak akan tension Click Me~dan tidak akan lari Click Me~dari masalah..


ITULAH AZAM CN!

Hari Ini



Jika kamu berada di pagi hari,
Janganlah menunggu tibanya petang,
HARI INI lah yang akan anda lalui,
Bukan HARI KELMARIN yang telah berlalu,
Bukan juga HARI ESOK yang belum pasti
HARI INI lah yang mataharinya menyinari
Malamnya yang sentiasa setia menyapa
HARI INI tumpukan sepenuh perhatian
Berikah sepenuh fokus
Curahkan tekad dan iltizam
Untuk mempersembahkan solat yang paling khusyuk
Zikir yang penuh kesyahduan dan
Taubat yang disulami penyesalan
Beristigfarlah dan ingatlah selalu padaNya
Bersiap sedialah untuk sebuah perjalanan
Menuju alam kekal abadi

Tuesday, December 29, 2009

Episod 4 - Jamu Selera di Pasar Geylang Serai


Sebut saja makanan Islam, memang terdapat banyak di Malaysia. Tidak perlu risau. Beratus-ratus gerai atau kedai yang menyediakan makanan halal lagi bersih.  Tapi  di Singapura, terdapat tiga daerah yang sangat popular dalam menyediakan makanan Islam, iaitu di Simpang Bedok, Arab Street dan Geylang Serai, khususnya di Pasar Geylang Serai yang menjual pelbagai jenis makanan Melayu-Islam yang menjadi kegemaran ramai.


Dengan adanya gerai-gerai di sini, ia memberi pelanggan lebih banyak pilihan makanan untuk dicuba. Ketika di Pasar Geylang Serai ini, CN telah mencuba sebungkus nasi lemak yang berlaukkan ikan goreng  yang bernilai 3 Dollar Sing ( $3 ) iaitu kira-kira RM 7.50. Memang mahal... tapi apa boleh buat... tiada pilihan.

Saturday, December 26, 2009

Liatnya Nak Solat

Mengapa ini terjadi ?

Rasulullah s.a.w telah menyoal iblis, sabdanya," Wahai iblis, ketika umatku mendirikan solat , bagaimanakah hal engkau pada waktu itu?" Jawab iblis," Waktu itulah masa yang paling sukar bagiku, seluruh badanku akan menggeletar dan lemah. Lalu aku memerintahkan sekalian bala tenteraku yang terdiri dari syaitan dan jin supaya menggoda orang yang hendak solat itu. Setiap orang akan digoda oleh berpuluh-puluh syaitan, setengah pada anggotanya supaya ia berasa malas."

"Sesetengah akan masuk ke dalam hatinya supaya ia merasa was-was serta terlupa akan bilangan rakaat dan bimbang terhadap pekerjaan dunia lalu ia segera keluar dari sembahyangnya. Setengah akan masuk ke dalam mata dan menjadikan hatinya tidak senang. Setengah yang lain pula akan duduk di atas belakangnya supaya orang itu tidak tahan lama untuk duduk tahiyat akhir sementara di dalam hatinya berkehendakkan supaya sembahyang cepat habis. Semua godaan ini adalah supaya pahala sembahyang seseorang umatmu menjadi kurang. Sekiranya segala godaan syaitan itu tidak berhasil, maka akan aku hukum dengan seberat-berat hukuman ke atas syaitan-syaitan itu."

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan ini...

Kelebihan dan Hikmat Berzikir

Firman Allah s.w.t maksudnya," Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar." (al Ahzab 35)
Dari Rasulullah s.a.w , " Sesiapa yang mengucap 'Subhanaallah Hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga." ( H.R Muslim)
1. Akan mendapat keredhaan Allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
2. Akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
3. Akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezeki.
4. Akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat.
5. Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
6. Dapat menghilangkan perasaan rungsing yang bersarang di dalam hatinya.
7. Dapat membersihkan hatinya daripada segala kotoran dan juga penyakit.
8. Bila seseorang itu menyertai majlis zikir maka sebenarnya ia telah menyertai majlis yang dihadiri oleh para malaikat.
9. Akan sentiasa diingati oleh Allah s.w.t seperti dalam firmannya," Ingatlah kamu kepadaKu, maka Aku akan mengingatimu.'

Esok 10 Muharram

Salam teman-teman. Esok, 10 Muharram 1431H, hari yang disunatkan untuk kita, umat Islam berpuasa ( puasa 'Asyura).
Dari Ibnu Abbas r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda," Sesiapa yang berpuasa pada hari 'Asyura, Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat dan siapa yang berpuasa pada hari 'Asyura akan diberi pahala 10,000 orang yang berhaji dan berumrah dan 10,000 pahala orang yang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut, maka Allah s.w.t akan menaikkan setiap satu rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada hari 'Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan kepada seluruh umat Rasulullah s.a.w yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Dalam bulan ini juga kita disunatkan agar memperbanyakkan amalan bersedekah kepada fakir-fakir miskin. Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga. Haa, tentang ini CN tak risau sangat, kerana memang bulan ini, terlebih-lebih perbelanjaan yang kita peruntukkan untuk anak-anak khasnya. Almaklumkan, perkakas sekolahnya, itu tidak termasuk yuran-yuran yang perlu kita lunaskan kepada pihak sekolah. Moga perbelanjaan persekolahan anak-anak kita, diterima sebagai amal jariah. Mudah-mudahan...

Friday, December 25, 2009

Episod 3
Tempat menarik yang rasanya rugi jika tidak dilawati ketika berkunjung ke Singapura adalah Espalanade dan Patung Merlion. Yang paling wajib dikunjungi adalah Merlion, simbol negara Singapura. Kata teman-teman, tidak sah ke Singapura jika tidak melihat Merlion. Sebelum ini pun CN melihat patung yang dikatakan membawa tuah kepada Singapura hanyalah di atas kertas. Merlion mempunyai 'feng shui'. Terdapat dua patung Merlion, satu yang besar, Papa Merlion dann satu lagi dipanggil Baby Merlion. Tidak jauh dari Patung Merlion, terdapat gedung Esplanade. Gedung ini cukup unik kerana berbentuk seperti durian. Di gedung ini sering diadakan pameran-pameran mahupun Konsert Seni. Rasanya kalau di Malaysia, Istana Budaya mempunyai fungsi yang sama dengan gedung ini.




Episod 2

Ketika di Singapura, CN sempat mengunjungi Singapore Science Centre, tempat ini sangat menarik untuk anak-anak mahupun orang dewasa yang mencintai dunia Sains. Kalau dibandingkan dengan Malaysia, sama fungsinya dengan Pusat Sains yang terletak di Kuala Lumpur. Sama hebat CN kira. Bertempat di 15 Science Centre Road, dengan menaiki MRT, turun di stesyen MRT Jurong East, lalu berjalan kaki lebih kurang 10 minit. Dibuka mulai dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang, rasanya anda perlu meluangkan waktu seharian jika ingin bermain dengan puas di tempat ini. Harga tiket ialah $6 untuk orang dewasa dan $3 untuk kanak-kanak. Dalam Science Centre, anda akan dapat melihat serta mempraktikkan ilmu Sains yang selama ini kita pelajari teorinya. Sains akan menjadi lebih menarik dan tidak membosankan. Banyak yang dipamerkan di sini, dari robotik, atom dan macam-macam lagi yang tidak dapat CN nak sebutkan satu persatu. Sangat menarik, dan anda tidak akan bosan berada di tempat ini. Sebaiknya untuk ke Singapura, perkhidmatan pemandu pelancong amat diharapkan supaya perjalanan lancar.

Thursday, December 24, 2009

Di Tanjong Katong, airnya biru.....

Episod 1

Salam teman-teman blog. Lama sudah CN tidak 'ke udara'. Rasa rindu pula untuk menulis. CN ke Singapura. Di Singapura, tidak sempat berblog. Maklumlah ini merupakan kunjungan pertama ke Singapura. Oleh kerana masa yang ada cukup terbatas, peluang ini CN gunakan sebaik mungkin. Dalam kesempatan ini, CN ingin berkongsi pengalaman jalan-jalan di Singapura, mengunjungi tempat-tempat yang menarik di sana. Antaranya ialah ORCHARD ROAD, tempat wajib bagi pelancong berbelanja. Sepanjang Orchard Road, terdapat deretan pasaraya yang berlumba-lumba menjemput pelancong menghabiskan dollar mereka. 'Shop till you drop', mungkin ini yang sesuai. Waktu ini, Orchard Road dihias indah dengan kerlipan lampu-lampu di sepanjang jalan. Pokoknya, jalan-jalan di Orchard Road ketika menjelang Hari Natal membawa suasana yang berbeza.

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah=)...buat teman-temanku<3

Thursday, December 17, 2009

Doa Awal Tahun

Doa ini dibaca tiga kali sebaik sahaja bermulanya tahun baru , 1 Muharam. Masanya ialah selepas masuknya waktu Maghrib. Setelah membacanya, syaitan akan berkata," Amanlah dirinya, kerana dia dijaga oleh dua malaikat yang daripada syaitan dan pengikut-pengikutnya."

Doa Akhir Tahun

Doa ini dibaca tiga kali pada hari terakhir bulan Zulhijah pada setiap tahun. Masanya ialah pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib. Apabila doa ini dibaca, syaitan akan mengeluh dengan berkata , " Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja."

Awal Muharam...Bermula Episod Baru


Salam teman-temanku, tanpa kita sedari kita semua sudah hampir ke tahun baru. Tentu tidak ada cita-cita dan azam setiap kali datang tahun baru kepada seorang wanita seperti CN, selain daripada ingin menjadi wanita yang solehah atau mungkin juga menjadi semakin solehah. Tidak dapat kita nafikan, tidak ada harta berharga selain daripada menjadi wanita solehah.

Dari Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:" Dunia itu adalah harta benda, dan sebaik-baik harta ialah wanita solehah."

Pada pandangan CN, menjadi wanita solehah perlu dan penting. Mengapa ? Sebagai isteri kepada seorang lelaki, sebagai ibu kepada tiga orang cahayamata, tanggungjawab kepada suami , kepada anak-anak, hatta tugas sebagai seorang guru, insyaAllah akan terlaksana dengan begitu cemerlang jika menjadi wanita solehah. Bukan mudah untuk melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan dengan baik . Berat mata memandang , berat lagi bahu memikul. CN bukan sahaja mahu melahirkan, tapi CN mahu mendidik anak-anak yang diamanahkan menjadi seorang yang manusia. Yang kenal apa sebenarnya tujuan hidup. Bukan sekadar melepas batuk di tangga. Kerana itu, CN memandang untuk menjadikan seorang manusia itu benar-benar manusia, bukan mudah. Berat tanggungjawabnya, baik di dunia mahu pun di akhirat.


Hidup dalam redha Allah bergantung kepada redha suami. Untuk mendapatkan redha Allah, CN rasa kita perlu jadi wanita solehah. Itulah mungkin cita-cita, azam CN setiap tahun. Tidak pernah rasa jemu, tidak pernah rasa bosan, CN sentiasa berharap hijrah yang dilakukan berulang kali ini akan lebih kuat pengaruhnya pada 1431. Hijrah untuk menjadi wanita mukmin luar biasa, perlukan sesuatu yang luar biasa. Mudah-mudahan tercapai. Amin...

Tuesday, December 15, 2009

Jom Kongsi....



Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia...
Isteri yang kamu nikahi
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah...
Justeri isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah...

Pernikahan atau perkahwinan,

Mengajar kita kewajipan bersama

Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya

Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya

Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya

Isteri adalah murid, kamu mursyidnya

Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya

Saat isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya

Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhati-hatilah meluruskannya

Pernikahan atau perkahwinan

Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha

Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana

Justeru kamu akan tersentak dari alpa

Kamu bukanlah Muhammad s.a.w atau Isa a.s

Pun bukanlah Syaidina Ali Karamaullahuwaja

Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh...
Dipetik dari blog seorang teman....


Love Letter from WiddlyTinks.com

Mahsuri, legenda Langkawi

Tidak lagi menjadi padang jarak padang tekukur

Tapak kawasan beras terbakar

Pemandangan dari puncak

Pemandangan dari dalam kereta kabel


Beratur panjang ketika menunggu giliran

Makam Mahsuri

Mahsuri, legenda Langkawi tersohor. Merupakan seorang isteri dan ibu kepada seorang anak lelaki, dihukum bunuh atas tuduhan berzina. Dia mangsa fitnah, lantas sebelum kematiannya, Mahsuri bersumpah Langkawi akan menjadi padang jarak padang tekukur dan tujuh keturunan tidak akan hidup senang. Sejarah Mahsuri semakin dilupakan, apatah lagi anak-anak sekolah kini memang tidak minat langsung untuk mengetahui sejarah masa lampau Langkawi.

Pusara Mahsuri, khabarnya kini semakin kurang pengunjungnya, dan ini dilihat sendiri oleh CN ketika berkunjung ke pulau itu baru-baru ini.
Selain dari Kota Mahsuri, CN lihat ramai pengunjung tidak melepaskan peluang untuk menaiki kereta kabel yang letaknya di Gunung Cincang. Teruja melihat orang yang begitu ramai. Atas desakan putera dan dua puteri CN, kami pun terpaksa beratur panjang untuk membeli tiket menaiki kereta kabel. Hampir sejam menunggu, kini tibalah giliran CN empat beranak melangkahkan kaki ke dalam gondola. Kecut perut dibuatnya. Doa mengiringi pemergian CN ke puncak Gunung Cincang. Tiupan angin yang agak kuat, membuatkan CN kecut perut... almaklumlah, menaiki kereta kabel ini bukan agenda utama , tapi bila mengingatkan putera-puteri CN, ku gagahi jua, walaupun sebenarnya CN gayat. Bila tiba di hentian pertama, kepala agak pening sedikit. Mungkin tertekan...takut pun ye juga. Yang mampu CN lakukan hanyalah duduk di kerusi yang disediakan, yang lainnya hilang menikmati keindahan ciptaan Allah . Kesempatan menyaksikan panorama dari puncak Gunung Cincang dengan mata kepala sendiri mencipta satu lagi kenangan manis buat CN.
Tidak lengkap rasanya, kalau tidak ke pusat membeli-belah terkenal, Idaman Suri atau mungkin juga ke Haji Ismail Group. CN pergi juga, tapi rasanya tidaklah membeli sakan, sekadar membeli sedikit buah tangan untuk anak-anak buah CN. Biasalah, apa lagi kalau bukan coklat.
Percutian selama 3 hari 2 malam benar-benar meninggalkan kenangan paling manis dalam hidup CN. Insya-Allah , 1 Muharam 1431 nanti , CN ke Singapura pula. Hanya kami berdua...CN dan suami tercinta.
Cuti-cuti Malaysia......

Saturday, December 12, 2009

7 Macam ...


Dari Anas r.a berkata , ada tujuh macam pahala yang dapat diterima oleh seseorang selepas matinya:
1. Sesiapa yang mendirikan masjid, tetap akan mendapat pahala selagi masjid itu digunakan untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum melaluinya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya tidak kira manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkaan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Mereka yang meninggalkan anak yang soleh.
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda, apabila mati anak Adam, maka terhentilah amalannya, melainkan tiga perkara :
1. Sedekah jariah
2. Ilmu berguna yang diamalkan
3. Anak-anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan baik baginya.
Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan ini.

Thursday, December 10, 2009

Hargai Usia
Syukur alhamdulillah hanya tinggal beberapa hari lagi, kita semua akan berada di tahun baru. Bermakna usia meningkat setahun lagi. Yang muda menjadi dewasa dan semakin matang, manakala yang tua bertambah tua. Usia tua atau senja tiada pengecualiannya kepada setiap manusia. Ajal maut tiada siapa yang tahu. Hari ini bernafas, esok belum tentu.
Oleh itu, manfaatkanlah usia dan masa yang ada sebaik-baik amalan. Kerana sesungguhnya, Allah mengingatkan : Demi masa! Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Bagaimana manusia memanfaatkan usia yang masih berbaki itu, ia sering menjadi persoalan. Yang menghabiskan usia dengan cara yang betul, syukur alhamdulillah.
Daripada Abi Bardah al Aslami, Nabi Muhammas s.a.w bersabda bahawa setiap anak Adam tidak akan berganjak tapak kakinya dari kanan ke kiri, depan ke belakang sehingga Tuhan bertanya empat perkara :
1. Tentang usia bagaimana dihabiskan.
2. Tentang harta dari mana dan ke mana dihabiskan.
3. Tentang ilmu, apakah yang dimanfaatkan dengannya.
4. Waktu bertenaga, bagaimana dihabiskan tenaga itu.
Memetik kata Ibnu Jauzi, katanya :
1. Orang yang dipanjangkan usia, harus melihat ada orang lain yang tidak panjang usianya. Ketika itu seseorang itu tidak akan melihat yang lain kecuali menambahkan amal ibadatnya kepada Allah dan sentiasa bermohon Allah memberkati usianya.
2. Jika seseorang merenung usia panjang yang diberikan Allah tidak sama lagi ketika dia muda, ketika itu dia akan tahu bahawa usia itu telah sampai ke penghujung. Maka, alangkah eloknya dia bertaubat kepada Allah dan timbul penyesalan ke atas kerja maksiatnya selama ini.
3. Seseorang yang dipanjangkan usianya oleh Allah sepatutnya harus ingat bahawa Allah memberi peluang kepadanya untuk memanfaatkan umurnya ke arah yang baik. Mungkin ketika muda dia tidak melakukan kerja yang baik, jadi alangkah indahnya umur yang sebegitu digunakan untuk mendapatkan semula kebaikan yang tidak diperolehinya ketika muda.
Kita, bagaimana ?

Wednesday, December 9, 2009

" Eh ! Dah...
Dalam perjalanan, tiba-tiba, " Eh ! Dah tutup api ke belum ?" terpacul ayat ini keluar dari mulut CN. " La , mama ni, tadi kan mama yang suruh kakak tutup api ,". Jawab puteri sulungku dengan nada manja. Nasib baik....bisik hati kecilku.
Kenapa ini terjadi ?
Mungkin faktor usia atau mungkin juga rasa was-was.
Was-was adalah perasaan ragu-ragu yang juga merupakan penyakit jiwa. Ia dikaitkan dengan bisikan, godaan dan hasutan syaitan dalam hidup manusia. Ia perlu diubati segera kerana dikhuatiri akan merebak ke seluruh aspek kehidupan seperti yang biasa berlaku dalam kehidupan kita.
Daripada kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
Mungkin kita dapat mengatasi masalah ini dengan menguatkan pegangan hati dan sentiasa melakukan sesuatu perkara itu dalam keadaan sedar dan bukan di bawah sedar. Seperkara lagi, rasa was-was usah dilayan kerana ia akan hilang selepas tidak dipedulikan. InsyaAllah....

Tuesday, December 8, 2009

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
Peace , kami dah merdeka....

Beratur, beratur, jangan lupa tanda tangan borang pemulangan buku teks tu tau...


Wah ! gembiranya...


Hari-hari terakhir di sekolah ...coretan keramat jadi kenangan


Buat pelajar-pelajarku, 5 SN 1, 5 SN 2, 5 PAE, 5 PDE dan 5 PDT2
Good luck , all the best dan semoga kejayaan akan menjadi milik kita nanti.
AMIN.

Monday, December 7, 2009

Si Gembala Kambing
Suatu hari Umar melihat seorang anak gembala miskin sedang menggembala kambing yang banyak milik majikannya. Umar bertanya kemudian, "Nak, bolehkah aku membeli seekor kambing yang sedang kau gembala itu ?".
Si anak gembala menjawab,"Kambing ini bukan milikku, melainkan milik majikanku. Aku tidak boleh menjualnya."
Umar memujuknya lagi, "Kambing itu amat banyak. Apakah majikanmu tahu akan jumlahnya ? Apakah dia suka memeriksa dan menghitungnya?"
Si gembala kambing menjawab dengan nada tegas. " Tidak, majikanku tidak tahu berapa jumlah kambingnya. Dia tidak tahu berapa yang mati dan berapa yang lahir. Dia tidak pernah menghitung dan memeriksanya."
"Kalau begitu jika hilang seekor kambing, majikanmu tidak akan mengetahuinya. Ini wangnya, terimalah. Ambil sahaja untuk kamu membeli pakaian atau makanan," desak Umar untuk mengujinya.
Namun anak itu tetap tidak berganjak dari keputusannya, walaupun ditawarkan wang yang banyak.
Umar kemudian menyambung, "Kambing itu amat banyak. Majikanmu tidak akan tahu jumlahnya. Jika kamu menjualnya seekor, majikan kamu tidak akan tahu. Di sini tiada orang lain, hanya ada aku dan kau sahaja. Tidak ada orang lain yang tahu.
Dengan tegas anak itu menjawab, "Memang tidak ada orang lain di sini, tapi ada Allah. Allah Maha Mengetahui. Allah menyaksikan semua yang terjadi ".
Mendengar akan jawapan itu, Umar pun terus menangis dan mendakap si gembala kambing dengan penuh kasih sayang.

Sunday, December 6, 2009


Tertekan? Runsing? Stres? atau ......
Tertekan ke hari ini? Maklumlah seharian di rumah bersama anak-anak, melayan kerenah dan perangai mereka, lebih-lebih lagi apabila sang suami tiada di rumah, keluar daerah atas tuntutan kerja atau mungkin bersama rakan di kolam pancing. Macam-macam yang hendak difikirkan.. "bila nak angkat baju nie..?" aduh, tak masak lagi, anak-anak dah lapar" "mama, tengok adik ni!"
dan macam-macam lagi jeritan.
Jangan susah hati!!!

Berdasarkan firman Allah: "Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang".

Runsing dan tekanan berpunca daripada hati yang kosong. Apabila hati kosong, maka syaitan menyelinap ke dalam hati dan menaburkan benih kebosanan.Untuk mengalahkan syaitan, hati perlu diisi dengan Zikrullah dan iman. Dosa sama ada kecil atau besar adalah perosak dan peruntuh iman. Orang yang benar-benar mahu memelihara dan meningkatkan iman, janganlah melakukan dosa, kalau TERbuat dosa, cepat-cepatlah istghfar dan bertaubat kepada Allah. Sebagai Muslim, kita hendaklah berzikir dan membaca beberapa kalimah untuk menghilangkan rasa rungsing.

  1. Ucapkan La ilaha illa Allah sentiasa agar bibir kita dibasahi dengan Zikrullah siang dan malam.
  2. Membaca Bismillah apabila memulakan sesuatu pekerjaan .
  3. Membaca Alhamdulillah apabila selesai melakukan sesuatu pekerjaan.
  4. Apabila terbuat sesuatu kesalahan atau terserempak denga dosa, bacalah Astghfirullahal Azim.
  5. Apabila menghadapi kesukaran, bacalah Lahaula wala quwata illa billahilaliyil a'zim.
  6. Apabila kerunsingan, baca La ilaha anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin (doa Nabi Yunus)
  7. Apabila ditimpa musibah ucaapkan, Inna lillahi wainna ilaihi raji'un.

Dengan mengamalkan doa-doa ini, di dalam kehidupan kita, insyaAllah, hati akan menjadi tenang.

Selamat Beramal.....







Friday, December 4, 2009

Maksiat halang tekun beribadat


Apakah kita pernah mengalami perasaan malas beribadah ? Terasa berat untuk tilawah , atau ada kenikmatan ketika membaca al-Quran dan solat.
Atau mungkin berasa susah bangun malam , untuk qiamulail , padahal jam sudah dikunci untuk mengejutkan kita , tetapi ketika berdering , tetap terlelap dalam tidur.
Selepas itu , tarik selimut dan tidur lagi.
Apa yang sebenarnya sudah terjadi dengan kita ?
Jangan-jangan kita banyak mengerjakan maksiat hingga menghalang amalan kita.
Mungkin mata kita tidak dijaga daripada melihat perkara yang tidak berguna , bahkan mengandungi maksiat . Akhirnya , Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah kepada-Nya. Lalu , mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam. Rasa berat untuk beribadah , rasa berat untuk membaca buku tazkirah hati , rasa berat untuk melihat blog yang memberi nasihat.
Selain mata , telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah S.W.T kerana kita tidak menjaga telinga kita. Kita gunakan telinga untuk mendengar gosip atau muzik yang melalaikan, bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik.
Akhirnya pada waktu malam , telinga berasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga kita bosan mendengar nasihat.
Begitulah juga dengan mulut dan hati .
Hati mati , kerana banyak bercanda atau bergurau senda.
Tengoklah diri kita . Musahabahlah diri kita. Jika selama ini , kita belum menjaga mata , mulut , telinga , hati dan organ tubuh kita yang lain , daripada kemaksiatan , segeralah kita bertaubat dan istighfar diri.
Tidak ada kata terlambat untuk kebaikan .......



Oh ! Guruku



Senarai Tugas Guru-guru Malaysia :




Merancang pengajaran


Menyediakan persediaan mengajar


Menyemak hasil kerja pelajar


dan macam-macam lagi, antaranya ialah

  • Mengadakan perbincangan dengan pelajar
  • Memberikan bimbingan dan menasihati pelajar
  • Menyiapkan rancangan tahunan
  • Memantau rakan setugas
  • Mencatat kehadiran pelajar
  • Mengemaskini maklumat pelajar
  • Menjadi penasihat pelajar
  • Terlibat dalam perhimpunan
  • Menjalankan aktiviti kokurulum
  • Menjalankan aktiviti kokurikulum
  • Mengutip wang yuran
  • Persediaan sebagai tuan rumah
  • Jurulatih daerah
  • Mengiringi pelajar
  • Hakim pertandingan di dalam dan di luar sekolah
  • Mesyuarat sekolah dan di luar daerah
  • Kursus Dalam Perkhidmatan
  • Penglibatan dalam keceriaan sekolah
  • Pengawas Peperiksaan Awam
  • Menjaga dan memantau disiplin pelajar


Dan baru-baru ketika sibuk mengemas rumah ( maklumlah cuti sekolah ), terpapar di muka hadapan sebuah akhbar harian.......



Dua bulan intip puluhan pelajar ponteng

Cikgu paparazi

Sekumpulan guru bertindak menjadi 'paparazi'hampir dua bulan bagi menangani masalah ponteng di sekolah mereka. Hasilnya , mereka berjaya merakamkan puluhan gambar dan video pelajar terbabit melakukan perbagai kegiatan tidak berfaedah , termasuk menonton filem lucah beramai-ramai.



K E S I M P U L A N N Y A :



Guru-guru :

Penat , Bosan , Tertekan ,


ATAU MUNGKIN JUGA , GURU:



H E B A T



Menurut Stenhouse (1984):



Guru yang hebat ialah guru yang boleh membuat pertimbangan profesional tersendiri. Mereka tidak perlu diberitahu perkara yang hendak dilakukan. Mereka tidak bergantung kepada para pengkaji, nazir sekolah atau para inovator. Hal ini tidak bermakna mereka tidak menerima idea orang lain. Mereka tahu bahawa idea dan sesiapa pun tidak begitu berguna sehingga idea ini menyerap dan menjadi pertimbangan guru itu sendiri. Dengan kata lain , tugas para pendidik di luar bilik darjah ialah berkhidmat sebagai guru , manakala dalam bilik darjah hanya guru yang dapat menentukan pengajaran yang baik.



Renung-renungkan dan Selamat beramal.........

Thursday, December 3, 2009

Teman tapi mesra

Islam menggalakkan umatnya saling berkenalan dan berkawan tetapi hubungan antara lelaki dengan perempuan yang melampaui had dengan mengenepikan syariat wajib dielakkan.

Related Posts with Thumbnails