:: Teman-Teman ::


:: My Counter ::

Saturday, January 2, 2010

Matematik. Apa Sebenarnya Punca Kelemahan Pelajar Melayu ?



Selamat Tahun Baru - 2010.
 Komen negatif  mengenai Melayu dan Matematik sudah menjadi lumrah. Melayu dikatakan mudah putus asa apabila berdepan dengan soalan sukar dan kurang disiplin untuk membuat latihan secara konsisten. Pendek kata, ramai pelajar Melayu yang 'ditakdirkan' lemah dalam Matematik. Ini yang saya lihat, buat permulaan saya ingin mengupas isu 'kepincangan' Melayu dalam Matematik dari pandangan dan kaca mata saya sebagai guru Matematik. Selain itu, saya akan turut mendapatkan pandangan terus terang guru-guru Matematik bukan Melayu.

Sebelum itu, mungkin saya boleh memperkenalkan diri saya, saya, Cikgu Norhaliza, kalau sebelum ini saya  membahasakan diri saya dengan panggilan CN. Tahun ini saya berazam 'menaikkan' entri-entri yang lebih bersifat ilmiah, supaya kita boleh berbincang, bertukar-tukar pendapat, dan mengupas dengan mendalam tentang isu-isu yang cuba akan saya ketengahkan. Buat permulaan, entri saya yang pertama tahun 2010, saya ingin mengupas mengapa pelajar Melayu lemah dalam Matematik.

Mengapa Melayu ? Bukan Cina ? Bukan pelajar India ? Melayu aje ke yang lemah ? Saya tidak bermaksud untuk menjatuhkan maruah  bangsa saya sendiri. Tidak sama sekali. Mungkin  Melayu menjadi sasaran saya, kerana saya sendiri orang Melayu, dan jika dilihat dari segi statistik, Melayu yang mendominasi Malaysia. Jadi secara tidak langsung, bilangannya  ramai. Jika saya membincangkan pelajar Melayu, tidak bermakna pelajar India, pelajar Cina dan lain-lain tidak lemah dalam Matematik.

Melalui pengalaman saya, sebagai guru Matematik , saya dapati kelemahan yang paling ketara sekali di kalangan pelajar Melayu ialah tiada asas yang kukuh. Jangan hairan, jika terdapat pelajar tingkatan lima yang masih lagi tidak menguasai sifir. Setiap  kali, ada soalan-soalan lisan yang menyentuh tentang sifir, pelajar-pelajar ini tanpa ada rasa malu, akan mengeluarkan mesin kira mereka untuk mendapatkan jawapan. Bagi pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan, yang tidak mempunyai mesin kira, mereka ada cara lain, buku tulis akan mereka keluarkan, dan di belakangnya terdapat cetakan sifir, yang pastinya akan membolehkan mereka mengelak daripada didenda.

Sebagai guru, apa daya saya, apakah saya perlu mengajar pelajar-pelajar ini kemahiran sifir semula ? Sedangkan hujung tahun nanti mereka akan menduduki peperiksaan maha besar dalan kamus hidup mereka, Sijil Pelajaran Malaysia. Sebagai guru, saya hanya mampu tersenyum, sekurang-kurangnya pelajar saya berusaha untuk mendapatkan jawapan bagi soalan saya iaitu, 8 x 9 = ????

Tidak faham kemahiran yang diajar. Menjadi cikgu adalah merupakan cita-cita saya dari kecil. Mungkin melihat begitu semangatnya arwah abah mengajar murid-muridnya(beliau juga seorang guru Matematik) menjadikan saya begitu bersemangat untuk mengikut jejak langkah abah. Itulah impian  saya dan akhirnya saya dapat apa yang saya idamkan. Saya cintakan profesion ini. Jika di sekolah, seandainya saya tidak diberi  tugas-tugas yang saya minati , saya mudah berasa kecil hati. Kenapa khidmat saya tidak diperlukan ?Kenapa mereka tak bagi aku tugas itu ? Bisik hati kecil saya. Dan sehingga ke hari ini, perasaan itu masih ada lagi. Saya bersyukur. Saya jadi susah hati sekiranya nama saya tidak tersenarai dalam apa-apa juga aktiviti yang ada kaitan dengan Matematik. Itulah saya.  Anak-anak yang sudah dewasa dan menuntut di sekolah berasrama memberi kredit kepada saya untuk duduk di sekolah lebih masa dan ada masanya saya menyambung tugasan  di rumah.

Di kelas, sebaik mungkin saya akan memastikan pelajar-pelajar saya memahami apa yang saya ajar. Lebih-lebih lagi, sekarang, saya mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris. Itu tidak menjadi masalah pada saya. Kerana ketika di sekolah rendah dan menengah dulu, saya belajar di sekolah methodist, untuk berbahasa Inggeris, bukanlah perkara sukar. Apa yang sukar ialah untuk memahamkan pelajar -pelajar saya tentang kandungan atau kemahiran Matematik yang cuba saya sampaikan. Alhamdulillah setakat ini, maklumbalas yang saya terima dari pelajar-pelajar saya , amat menggembirakan.



Saya tidak risau dengan pelajar-pelajar dari kelas elit. Saya simpati dengan pelajar-pelajar kelas sederhana maupun yang lemah. Kenapa mereka perlu faham tentang kemahiran yang saya ajar? Saya terangkan kepada pelajar. Ini penting, kerana sekiranya pelajar-pelajar faham apa yang perlu mereka faham, saya tidak nampak mengapa Matematik menjadi killer subject pada mereka. Saya terangkan sehingga mereka benar-benar faham. Alhamdulillah , hasilnya kini saya nampak. Untuk memudahkan mereka memahami topik yang saya ajar, saya sering kaitkan Matematik dengan kehidupan seharian meraka. Saya ambil contoh-contoh mudah yang berlaku di persekitaran mereka. Saya letakkan diri saya sealiran dengan mereka. Sekiranya pelajar faham apa yang mereka belajar, secara tidak langsung, minat akan datang dengan sendirinya.

 KESIMPULANNYA ...

                        FAHAM   +    MINAT   =    LULUS CEMERLANG  ,
      
                                                     tapi sekiranya

          TIDAK  FAHAM  +    TIDAK MINAT  =  TIDAK  LULUS
     
Terdapat banyak faktor lagi yang boleh dikaitkan dengan permasaalahan ini di dalam entri seterusnya. Saya juga akan cuba mendapatkan pandangan ikhlas guru-guru Matematik bukan Melayu tentang hal ini. Sekiranya, ada sebarang komen membina, pandangan silalah ketengahkan.

8 comments:

insan pendidik said...

salam,

Bagus entri nih. Benar kelemahan matematik banyak terdapat dalam kalangan bangsa Melayu. Selain daripada minat, IP suka lihat drp perspektif persekitaran.Budaya pengiraan ni dah tersemat dalam kalangan masyarakat Cina sejak awal lagi.Apatah lg mereka nk anak mereka berjaya dalam bisnes.Sebab tu kalau lihat sistem pendidikan di SJKC pembelajaran matematik amat ditekankan.Khususnya melalui hafalan. Malah, pengalaman IP dengan bebudak cina yg sgt lemah nih walau mereka kantoi semua subjek lain matematiknya masih lulus. Hal ni berbeza dalam kalangan bangsa kite paham2 ajelah...ok selamat bertugas semula.

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam IP,

Terima kasih atas komen saudara. Sememangnya tidak dinafikan , pelajar Cina memang power dlm Math, tapi ada juga yg cukup makan je. Sebab target mereka nak mewarisi perniagaan keluarga...camne jadi student semula. Mesti seronok ..

abu muaz said...

Salam cikgu. Saya dah baca n3 cikgu ni. Tapiletih pula rasanya. Tak upaya nak komen malam ni.

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam saudara Abu Muaz,

Terima kasih krn baca n3 saya. Penat ke ? Tak pe, nanti senang2 boleh komen...

Anonymous said...

Salam Cikgu Norhaliza,

n3 yang baik dan banyak info . Sebaiknya info ini kita gunakan untuk anak-anak di rumah, supaya markah dan pencapaian mereka dapat ditingkatkan selepas ini.

Anonymous said...

Salam,

good info....

siti aishah said...

Salam, Comel dan menarik blog cikgu. Sebenarnya bagi saya pelajar melayu hari ini ramai yang sungguh cemerlang..Pelajar kita jangan dilihat sebelah mata..kerana sistem pembelajran sekolah sebenarnya terlalu 'rigid' malah matemtaik sekolah tidak sama dengan matetmaik pekerjaan! Budak melayu ini sangat kreatif dan pembelajran sekolah yang bersifat kaku dan menghafal sukar menarik minat mereka kecuali yg memang dah dibesarkan dengan suasana sebegini. kita sewajarnya jgn terlalu cepat melabel pelajar kita tidak sebaik pelajar cina. Bagi saya pelajar cina lebih cemerlang hanyalah mitos..kerana sebenarnya kejayaan melibatkan pelbagai faktor kompleks yang saling berkait..Lihat siti fatemah..Adi Putra..dan ramai lagi..kjadikan mereka sebagai model pelajar kita..elemen hiburan keterlaluan dalam masa media ssebnarnya mereosakkan minda anak anak kita. Selamat Bertugas.

Anonymous said...

Salam..Cikgu saya copy entri cikgu ni di blog saya boleh?

Related Posts with Thumbnails