:: Teman-Teman ::


:: My Counter ::

Thursday, February 18, 2010

Pesanan Imam Ghazali


Pesanan IMAM GHAZALI kepada anak perempuannya pada hari perkahwinannya:

ANAKKU!

Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan. Dan akan berada di tempat tidur yang engkau tidak engkau kenal. Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya. Itulah suamimu..

Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya. Nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu. Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya. Itu akan membuatkan dia berasa benci kepadamu. Jangan pula engkau menjauhkan diri, nescaya dia akan melupakan engkau. Dan kalau dia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu. Maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah.

Peliharalah hidung, telinga dan matanya…Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripadamu melainkan yang harum. Janganlah membiarkan dia mendengar melainkan perkataan yang baik. Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik belaka.

4 comments:

insan pendidik said...

salam,

pesanan yg cukup bermakna buat seorg yg bergelar isteri

abu muaz said...

salam. n3 yg baik bagi pasangan yg akan mendirikan r/tangga cuti sekolah bulan mac nanti.

Cikgu Norhaliza™ said...

W/salam IP,

Ingat dan jadikan amalan..wahai2 isteri2 di Malaysia

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam abu muaz,

Memang sangat sesuai untuk wanita2 yang akan bergelar isteri. Mungkin juga untuk wanita yang telah bersuami ...

Related Posts with Thumbnails