:: Teman-Teman ::


:: My Counter ::

Monday, February 15, 2010

Sampainya Hati Dia...

Salam , dah hampir sebulan lebih rasanya saya tak update kan blog Warna - Warna Kehidupan. Rindu rasanya. Kekangan masa tidak mengizinkan jari-jari tua saya untuk menekan kekunci yang berada di komputer mini ini. Maklumlah,  tanggungjawab saya sebagai ibu dan guru tidak pernah mahu mengizinkan saya bersantai-santai di depan komputer, lainlah ketika cuti sekolah.
     Minggu ini rasanya, hati dan jiwa saya agak terganggu lantaran terdapat kes membuang bayi yang saya rasa semakin hari semakin menakutkan. Hilangnya nilai-nilai kemanusiaan dalam diri anak muda masa kini amat membimbangkan. Menitis air mata melihat bayi yang masih merah dihurung semut, bayi yang tidak berdosa dibakar sehingga separuh dari badannya rentung. Apakah sudah hilang nilai kasih sayang dan simpati terhadap anak-anak tidak berdosa ini ?

     Baru-baru ini saya ada menghadirkan diri ke satu ceramah agama, Jutawan Akhirat, menarik pengisiannya. Uztaz juga tidak lupa menyentuh sedikit tentang isu buang bayi, menurutnya kes ini amat membimbangkan. Bilangan anak luar nikah menurutnya mencecah puluhan ribu, itu statistik  tahun lepas kata uztaz. Menakutkan. Lantas, saya terfikir adakah mungkin : silap ibu bapa, kerana tidak tahu jaga anak ? silap guru-guru yang tidak mengingatkan akan keburukan melahirkan anak luar nikah  ? salah uztaz atau uztazah yang tidak menerangkan dengan jelas tentang hukum hukam melahirkan anak luar nikah, apalagi membunuhnya kerana tidak bersedia menerima kehadiran bayi yang tidak diundang ini. Atau juga mungkin silap para remaja sekarang ini yang tidak tahu membezakan antara yang halal dan yang haram akibat terlalu banyak disogokkan dengan hiburan-hiburan yang melalaikan.

7 comments:

insan pendidik said...

salam,

isu pembuangan bayi ni dh jd sindrom dalam masyarakat kite. seharusnye didikan rohaniah diberikan pd anak remaja. selain itu, anak remaja patut diberikan didikan seks yg bersesuaian supaya mereka tak terjebak di lembah hina ini.

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam IP,

Terima kasih atas komen IP. Memang saya setuju 100%, remaja kini patut diberikan didikan rohani, jiwa mereka kosong sebenarnya, tiada objektif dalam hidup,dan mereka ini sebenarnya tidak tahu tujuan hidup untuk mati... Wallahualam.

Anonymous said...

Salam CN,

Sebagai manusia normal, kita tak sampai hati nak tgk, tapi diaorang ni seolah2 sudah ditutup pintu hati untuk rasa kasihan. Saya, kucing sakit pun saya antar ke klinik hewan...cian...tak sampai hati tgk kucing tu sakit.

sonata anak kancil said...

haiwan pun pandai jaga anak....

sonata anak kancil said...

haiwan pun pandai jaga anak...
mereka ni mengalahkan zaman jahiliah

UstazCahaya said...

Salam ziarah..

"Anak luar nikah itu tetap mempunyai hak sebagai manusia dan sebagai anak.

Dari awal lagi si ibu itu tidak mempunyai rasa kasih sayang kepada bayi yang dikandungkan dan dilahirkannya. Tapi percayalah, ibu yang membuang bayi itu akan dihantui oleh perbuatannya itu. Saya sebagai seorang ibu, tidak dapat membayangkan bagaimana ibu yang telah membuang anak itu akan melalui kehidupannya. Pasti dia akan dihantui oleh perbuatan kejamnya itu."


Itulah lebih kurang antara kata-kata Dr Harlina Hj Siraj ketika dihubungi oleh MHI pagi tadi (jam 8.30, Jumaat 12 Februari 2010). Pengacara AG, Fetri dan Annahita berbual-bual dengan Dr Harlina hampir 5 minit.

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam sonata anak kancil dan uztaz cahaya,

Memang perbuatannya mengalahkan haiwan, langsung tiada rasa belas kasihan. Saya juga yakin, jauh di sudut hatinya, tentu timbul rasa bersalah. Namun begitu saya juga percaya, kalau tidak timbul rasa kesal, dan tidak ada rasa ingin bertaubat, tidak mustahil pisang akan berbuah dua kali.

Related Posts with Thumbnails