:: Teman-Teman ::


:: My Counter ::

Monday, March 22, 2010

Lagi Tentang Zina

Penzinaan Dalam Islam

Allah SWT berfirman dalam Alquran. ``Janganlah kamu mendekati zina! Sesungguhnya berzina itu merupakan yang keji lagi tercela.’’ (Q.S. al Israa`:32)


`` Katakanlah! Sesungguhnya Tuhanku mengharamkan perbuatan-perbuatan keji, baik yang nampak mahupun tersembunyi, dan (Tuhan ku juga mengharamkanya) perbuatan dosa serta melarang dari melanggar hak manusia tanpa alasan yang besar.’’ (Q.S al A`raf:33)

``Wanita-wanita yang keji adalah untuk para lelaki yang keji, dan para lelaki yang yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Demikian pula para wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan para lelaki yang baik adalah untuk para wanita yang baik.’’ (Q.S an Nurr: 26)

Rasulullah S.A.W. telah bersabda bahawa penzinaan merupakan salah satu diantara tiga dosa besar. Kisah yang paling menarik ialah kisah tentang seorang pemuda yang datang menemui Rasulullah S.A.W. Dan meminta izin untuk melakukan zina sebab ia tidak mampu menguasai dirinya. Rasulullah S.A.W. berbicara kepadanya dengan mengemukakan logik dan bertanya kepadanya apakah dia bersetuju apabila seseorang melakukan zina dengan ibunya atau saudara perempuannya atau anak perempuannya atau isterinya. Setiap kali Rasulullah S.A.W memperinci pertanyaannya, pemuda itu selalu menjawab, Tidak,’’. Selanjutnya Rasulullah S.A.W. menjelaskan bahawa wanita yang engkau ingin berhubungan seks dengannya adalah juga ibu seseorang atau saudara perempuan seseorang atau anak perempuan seseorang atau isteri seseorang. Pemuda itu memahaminya dan akhirnya bertaubat. Rasulullah S.A.W. lalu memohon ampun baginya dari Allah SWT.

Perzinaan merupakan satu kejahatan yang bukan sahaja melawan satu seorang tetapi melawan seluruh masyarakat. Penzinaan merupakan sebuah pelanggaran terhadap kontrak perkahwinan. Penzinaan yang merupakan seks pranikah( sebelum nikah) mahupun seks ekstranikah (perselingkuhan) merupakan wabak dalam masyarakat.

Ayat d iatas bukan sahaja melarang manusia dari melakukan zina, akan tetapi turut memerintahkan agar manusia menjauhi perkara yang dapat membawa kepada berlakunya zina. Allah SWT berfirman, `` Katakanlah kepada kaum lelaki beriman agar mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kesucian kemaluan mereka. Hal itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada kaum wanita beriman agar mereka menahan pandangan mereka serta memelihara kesucian kemaluan mereka.’’ (Q.S an Nurr:30-31).

Semoga saya dan pembaca Warna Warna Kehidupan sentiasa dilindungiNya. Amin.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails