:: Teman-Teman ::


:: My Counter ::

Monday, September 13, 2010

Jom Puasa Enam

Sudah hampir seminggu kita meninggalkan bulan Ramadhan yakni bulan yang penuh dengan keberkatan serta bulan yang melatih kita untuk menghadapi bulan yang mendatang.

     Namun begitu, sebagai Muslim sejati kedatangan Syawal dan pemergian Ramadhan sepatutnya memberi keinsafan kepada diri. Adakah kedatangan bulan penuh berkat itu benar-benar meninggalkan kesan sebagaimana puasa yang dilakukan itu dapat melatih dan mendisiplinkan diri kita ? Atau sebulan yang berlalu hanya meninggalkan kesan lapar dan dahaga.


     Maka beruntunglah bagi mereka yang telah menjalankan ibadat pada bulan ini dengan penuh keimanan sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, " Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan, akan diampunkan dosa-dosa yang telah lalu."

     Mungkin ada antara kita yang merasakan bahawa terdapat banyak kekurangan yang dilakukan pada bulan Ramadhan yang lalu di mana ibadat sepanjang bulan itu tidak dijalankan dengan sempurna dan mungkin terlepas untuk mendapat kelebihan seribu  bulan.

     Namun sesungguhnya, Allah SWT itu Maha Pemurah, sering memberikan peluang untuk hamba-hambanya di mana di dalam Syawal ini juga terdapat beberapa amalan yang boleh kita lakukan sebagai tambahan kesinambungan daripada amalan kita pada bulan lalu.

     Ibadat tambahan yang dimaksudkan ialah puasa enam iaitu berpuasa selama enam hari di bulan Syawal sama ada dilakukan secara berterusan atau berselang-seli. Seseorang yang hendak berpuasa sunat pada bulan Syawal adalah lebih afdal berturutan seperti puasa Ramadhan tetapi dibolehkan berpuasa berselang hari selama dalam tempoh Syawal.

     Puasa enam hari di bulan Syawal mengandungi beberapa kelebihan, sebagaiman diriwayatkan di dalam sebuah hadis yang bermaksud,"Barangsiapa yang berpuasa sebulan Ramadhan, diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa selama setahun."

     Tahniah kepada mereka yang telah memulakan puasa enam, pada mereka yang belum, masih belum terlambat untuk kita memulakannya. Mudah-mudahan kita semua diberi kekuatan untuk meneruskan amalan yang mulia ini, dan semoga kita semua akan mendapat rahmat dan keberkatan dariNya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails