:: Teman-Teman ::


:: My Counter ::

Wednesday, October 6, 2010

Munajat Kecemerlangan


Hari ini, 6 Oktober 2010, Rabu merupakan hari kedua, calon-calon menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) . Manakala pelajar Tingkatan 5 pula bertungkus-lumus dengan peperiksaan Percubaan SPM mereka. Seminggu sebelum demam peperiksaan ini bermula, ramai  yang bertanya, " Cikgu, bila nak buat solat hajat ?"  Soalan pertama yang saya ajukan ialah, " Kamu pagi tadi solat subuh tak ?" Jawapan mereka mudah dan ringkas, " Tak, bangun lambat ." Saya hanya mampu tersenyum.
     Ada beberapa perkara yang menarik di sini, pelajar sangat-sangat mengharapkan sekolah menganjurkan program solat hajat beramai-ramai , walaupun mereka mengakui bahawa solat hajat itu boleh mereka lakukan sendiri, atau mungkin juga dengan bantuan ibu bapa. Positifnya selain pahala yang besar apabila berdoa secara berjemaah, peluang dimakbulkan juga lebih cerah. Cuma mungkin pelajar-pelajar ini perlu diyakinkan bahawa doa mereka akan lebih makbul sekiranya solat fardhu mereka tunaikan. Tapi siapakah yang patut mengambil tanggungjawab ini ? Sedangkan pelajar-pelajar ini adalah mereka-mereka yang sudah cukup matang, sudah dapat membezakan antara yang benar dan yang batil. Inilah realitinya.
    Doa ibu bapa adalah yang terbaik,  memandangkan doa ibu bapa kepada Allah tidak ada sebarang hijab. Justeru, bagi ibu bapa yang tidak berkesempatan menyertai program solat hajat memohon kejayaan, masih ada masa melakukannya, memandangkan masih ada beberapa hari lagi untuk mereka berjuang dalam menentukan kejayaan. Sekadar memetik kata-kata Mohd Meeftah Anuar, Pengarah Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran, KDN, " Perlu ada pengorbanan ibu bapa kerana anak tidak pandai sangat tetapi ada kalanya Allah bagi anugerah sebab pengorbanan ibu bapa rajin bangun malam berdoa. Doa ibu bapa sampai langsung kepada Allah. Nabi pun kata reda Allah letak pada reda ibu bapa,".
     Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita jangan cepat berputus asa, teruskan berdoa dan pohonlah bantuan daripadaNya. Kita juga dianjurkan untuk menunaikan solat hajat setiap malam sepanjang peperiksaan memohon kesihatan yang baik, diberi kemudahan menjawab dan seterusnya dianugerahkan kejayaan.

1 comments:

Pn Kartini said...

salam..:)

Moga semua anak2 didik memperolehi kejayaan..InsyaAllah:)

Related Posts with Thumbnails