:: My Counter ::
Showing posts with label Cuti-cuti Singapura. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti Singapura. Show all posts
Wednesday, December 30, 2009
Episod 5 - Rambang Mata
Setibanya di lokasi, CN disajikan dengan satu pemandangan yang menarik. Kelihatan sebuah pusat membeli belah yang mengetengahkan binaan moden dan unik. Semua itu sudah cukup membuatkan CN tidak sabar untuk menjelajah ke dalamnya. Tambah menarik apabila terdapat jalan raya yang dibina khas untuk pejalan kaki sekali gus mewujudkan suasana tenang kepada pengunjung yang datang untuk membeli-belah.
Tanpa melengahkan masa, CN memasuki Ngee Ann City, sebuah pusat membeli-belah paling terkenal di Singapura.
Mata CN tertumpu ke pelbagai jenis kedai serta butik mewah yang menawarkan koleksi pakaian, beg tangan, kasut, aksesori dan macam-macam lagi dengan rekaan yang menarik. Meskipun harga yang ditawarkan agak tinggi, CN lihat ramai rakyat Malaysia yang berbelanja mewah di sini. Menang membeli, alah memakai katanya. Memadailah dari tiada. Tidaklah pulang nanti dengan tangan kosong.
CN hanya sekadar menjamu mata dengan melihat produk-produk yang dipamerkan. Lagipun ia merupakan satu terapi yang menarik. Walaupun CN tidak berkemampuan untuk membeli-belah namun dengan melihat apa yang ada, sudah cukup menyenangkan hati dan perasaan.
Di sepanjang jalan itu juga dibina beberapa buah bar, kafe serta restoran makan bagi merehatkan diri untuk seketika sebelum menyambung semula aktiviti berbelanja. Secara tidak langsung kemudahan yang disediakan itu benar-benar menyempurnakan suasana santai waktu membeli.
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 6:47 PM 0 comments
Labels: Cuti-cuti Singapura
Tuesday, December 29, 2009
Episod 4 - Jamu Selera di Pasar Geylang Serai
Sebut saja makanan Islam, memang terdapat banyak di Malaysia. Tidak perlu risau. Beratus-ratus gerai atau kedai yang menyediakan makanan halal lagi bersih. Tapi di Singapura, terdapat tiga daerah yang sangat popular dalam menyediakan makanan Islam, iaitu di Simpang Bedok, Arab Street dan Geylang Serai, khususnya di Pasar Geylang Serai yang menjual pelbagai jenis makanan Melayu-Islam yang menjadi kegemaran ramai.
Dengan adanya gerai-gerai di sini, ia memberi pelanggan lebih banyak pilihan makanan untuk dicuba. Ketika di Pasar Geylang Serai ini, CN telah mencuba sebungkus nasi lemak yang berlaukkan ikan goreng yang bernilai 3 Dollar Sing ( $3 ) iaitu kira-kira RM 7.50. Memang mahal... tapi apa boleh buat... tiada pilihan.
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 10:48 AM 1 comments
Labels: Cuti-cuti Singapura
Friday, December 25, 2009
Episod 3
Tempat menarik yang rasanya rugi jika tidak dilawati ketika berkunjung ke Singapura adalah Espalanade dan Patung Merlion. Yang paling wajib dikunjungi adalah Merlion, simbol negara Singapura. Kata teman-teman, tidak sah ke Singapura jika tidak melihat Merlion. Sebelum ini pun CN melihat patung yang dikatakan membawa tuah kepada Singapura hanyalah di atas kertas. Merlion mempunyai 'feng shui'. Terdapat dua patung Merlion, satu yang besar, Papa Merlion dann satu lagi dipanggil Baby Merlion. Tidak jauh dari Patung Merlion, terdapat gedung Esplanade. Gedung ini cukup unik kerana berbentuk seperti durian. Di gedung ini sering diadakan pameran-pameran mahupun Konsert Seni. Rasanya kalau di Malaysia, Istana Budaya mempunyai fungsi yang sama dengan gedung ini.
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 10:11 AM 2 comments
Labels: Cuti-cuti Singapura
Ketika di Singapura, CN sempat mengunjungi Singapore Science Centre, tempat ini sangat menarik untuk anak-anak mahupun orang dewasa yang mencintai dunia Sains. Kalau dibandingkan dengan Malaysia, sama fungsinya dengan Pusat Sains yang terletak di Kuala Lumpur. Sama hebat CN kira. Bertempat di 15 Science Centre Road, dengan menaiki MRT, turun di stesyen MRT Jurong East, lalu berjalan kaki lebih kurang 10 minit. Dibuka mulai dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang, rasanya anda perlu meluangkan waktu seharian jika ingin bermain dengan puas di tempat ini. Harga tiket ialah $6 untuk orang dewasa dan $3 untuk kanak-kanak. Dalam Science Centre, anda akan dapat melihat serta mempraktikkan ilmu Sains yang selama ini kita pelajari teorinya. Sains akan menjadi lebih menarik dan tidak membosankan. Banyak yang dipamerkan di sini, dari robotik, atom dan macam-macam lagi yang tidak dapat CN nak sebutkan satu persatu. Sangat menarik, dan anda tidak akan bosan berada di tempat ini. Sebaiknya untuk ke Singapura, perkhidmatan pemandu pelancong amat diharapkan supaya perjalanan lancar.
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 9:40 AM 0 comments
Labels: Cuti-cuti Singapura
Thursday, December 24, 2009
Di Tanjong Katong, airnya biru.....
Episod 1
Salam teman-teman blog. Lama sudah CN tidak 'ke udara'. Rasa rindu pula untuk menulis. CN ke Singapura. Di Singapura, tidak sempat berblog. Maklumlah ini merupakan kunjungan pertama ke Singapura. Oleh kerana masa yang ada cukup terbatas, peluang ini CN gunakan sebaik mungkin. Dalam kesempatan ini, CN ingin berkongsi pengalaman jalan-jalan di Singapura, mengunjungi tempat-tempat yang menarik di sana. Antaranya ialah ORCHARD ROAD, tempat wajib bagi pelancong berbelanja. Sepanjang Orchard Road, terdapat deretan pasaraya yang berlumba-lumba menjemput pelancong menghabiskan dollar mereka. 'Shop till you drop', mungkin ini yang sesuai. Waktu ini, Orchard Road dihias indah dengan kerlipan lampu-lampu di sepanjang jalan. Pokoknya, jalan-jalan di Orchard Road ketika menjelang Hari Natal membawa suasana yang berbeza.
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 11:39 PM 0 comments
Labels: Cuti-cuti Singapura
Subscribe to:
Posts (Atom)
