Badan yang besar, tulang yang kuat, harta yang banyak, belum tentu dapat menjadi kekuatan kepada seorang insan yang bernama manusia. Selain akalnya yang menyimpan berjuta inspirasi, ada satu kelebihan lain iaitu mata hati yang mengandungi kekuatan emosi.
Cantiknya kita, manusia , dijadikan Allah SWT dalam bentuk yang paling sempurna. Tetapi, kini, manusia mungkin lebih hina daripada binatang akibat daripada perbuatan tangan kita sendiri. Sepertimana yang terdapat dalam Surah al-Tin, ayat 4 dan 5 yang berbunyi, " Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian (jika ia panjangkan umur sehingga tua atau ia menyalahgunakan kesempurnaan itu) kami kembalikan ia ke serendah-rendah peringkat orang yang rendah."
Mati hati kurniaan Allah SWT berperanan menjadi penyelamat . Mata hati yang sentiasa bersinar terang milik orang yang beriman, walaupun ia berada di dalam kegelapan
Begitulah keadaannya ketika seseorang itu berada dalam kesusahan, semakin bertambahnya ujian Allah, maka makin terang mata hatinya menyuluh rasa hikmah disebalik ujian Allah itu. Dan yang pasti, akhirnya mampu menghadapi segala tekanan yang melanda jiwa. Maha Besar Allah.
Sebagai manusia, bagaimana kita boleh memiliki mata hati yang cantik dan bersinar dalam apa juga keadaan dan situasi?
:: My Counter ::
Sunday, September 26, 2010
Apa Sebenarnya Kekuatan Pada Diri Manusia
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 3:21 PM 0 comments
Labels: santapan rohani
Friday, September 24, 2010
Antara Percaya atau Tidak...
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 9:49 PM 2 comments
Labels: santapan rohani
Ketahui 10 Cara Menjauhi Zina
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 10:08 AM 0 comments
Labels: santapan rohani, zina
Tuesday, September 14, 2010
Pelihara Adab Hari Raya
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 7:53 AM 1 comments
Labels: hari raya, santapan rohani
Monday, September 13, 2010
Jom Puasa Enam
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 10:48 AM 0 comments
Labels: hari raya, santapan rohani
Wednesday, May 26, 2010
Iman... Oh Iman !
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 4:23 PM 0 comments
Labels: santapan rohani
Monday, April 5, 2010
Cubalah Terima Pandangan Orang Lain...

Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 5:00 PM 6 comments
Labels: motivasi, santapan rohani
Wednesday, March 24, 2010
Istimewanya Wanita
Sekadar renungan untuk mereka yang bergelar Muslimah.. ketahuilah betapa istimewanya Allah SWT menjadikan kita sebagai seorang WANITA..
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 5:39 AM 0 comments
Labels: motivasi, santapan rohani
Tuesday, March 23, 2010
Dibelit Ular
"Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram," tegas beliau dengan nada kesal.
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 5:37 AM 2 comments
Labels: santapan rohani, sumbang, zina
Monday, March 22, 2010
Lagi Tentang Zina
Penzinaan Dalam Islam
Allah SWT berfirman dalam Alquran. ``Janganlah kamu mendekati zina! Sesungguhnya berzina itu merupakan yang keji lagi tercela.’’ (Q.S. al Israa`:32)
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 5:35 AM 0 comments
Labels: santapan rohani, sumbang, zina
Sunday, March 21, 2010
Bencana Akhir Zaman
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 12:04 AM 0 comments
Labels: diskusi ilmiah, santapan rohani
Saturday, March 20, 2010
Wasiat Hasan al Banna
APA WASIAT HASAN AL BANNA PADA KITA SEMUA ?
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 10:16 PM 0 comments
Labels: santapan rohani
Tuesday, March 16, 2010
Wasiat Agung
Wasiat dari Allah S.W.T
Dari Nabi Muhammad S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T. telah memberikan lima wasiat, antaranya :
• Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
• Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
• Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
• Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
• Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T..Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
• Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
• Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
• Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
• Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
• Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
• Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
• Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah S.W.T daripadanya."
Semoga kita semua mampu menerimanya, Amin
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 6:58 PM 0 comments
Labels: santapan rohani
Thursday, February 18, 2010
Pesanan Imam Ghazali
ANAKKU!
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 7:40 AM 4 comments
Labels: santapan rohani
Saturday, December 26, 2009
Liatnya Nak Solat
Mengapa ini terjadi ?
Rasulullah s.a.w telah menyoal iblis, sabdanya," Wahai iblis, ketika umatku mendirikan solat , bagaimanakah hal engkau pada waktu itu?" Jawab iblis," Waktu itulah masa yang paling sukar bagiku, seluruh badanku akan menggeletar dan lemah. Lalu aku memerintahkan sekalian bala tenteraku yang terdiri dari syaitan dan jin supaya menggoda orang yang hendak solat itu. Setiap orang akan digoda oleh berpuluh-puluh syaitan, setengah pada anggotanya supaya ia berasa malas."
"Sesetengah akan masuk ke dalam hatinya supaya ia merasa was-was serta terlupa akan bilangan rakaat dan bimbang terhadap pekerjaan dunia lalu ia segera keluar dari sembahyangnya. Setengah akan masuk ke dalam mata dan menjadikan hatinya tidak senang. Setengah yang lain pula akan duduk di atas belakangnya supaya orang itu tidak tahan lama untuk duduk tahiyat akhir sementara di dalam hatinya berkehendakkan supaya sembahyang cepat habis. Semua godaan ini adalah supaya pahala sembahyang seseorang umatmu menjadi kurang. Sekiranya segala godaan syaitan itu tidak berhasil, maka akan aku hukum dengan seberat-berat hukuman ke atas syaitan-syaitan itu."
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan ini...
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 9:28 PM 0 comments
Labels: santapan rohani
Kelebihan dan Hikmat Berzikir
Firman Allah s.w.t maksudnya," Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar." (al Ahzab 35)3. Akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezeki.
4. Akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat.
5. Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
6. Dapat menghilangkan perasaan rungsing yang bersarang di dalam hatinya.
7. Dapat membersihkan hatinya daripada segala kotoran dan juga penyakit.
8. Bila seseorang itu menyertai majlis zikir maka sebenarnya ia telah menyertai majlis yang dihadiri oleh para malaikat.
9. Akan sentiasa diingati oleh Allah s.w.t seperti dalam firmannya," Ingatlah kamu kepadaKu, maka Aku akan mengingatimu.'
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 8:58 PM 0 comments
Labels: santapan rohani
Esok 10 Muharram
Salam teman-teman. Esok, 10 Muharram 1431H, hari yang disunatkan untuk kita, umat Islam berpuasa ( puasa 'Asyura).Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 10:56 AM 1 comments
Labels: santapan rohani
Thursday, December 17, 2009
Awal Muharam...Bermula Episod Baru

Salam teman-temanku, tanpa kita sedari kita semua sudah hampir ke tahun baru. Tentu tidak ada cita-cita dan azam setiap kali datang tahun baru kepada seorang wanita seperti CN, selain daripada ingin menjadi wanita yang solehah atau mungkin juga menjadi semakin solehah. Tidak dapat kita nafikan, tidak ada harta berharga selain daripada menjadi wanita solehah.
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 11:09 AM 3 comments
Labels: santapan rohani
Saturday, December 12, 2009
7 Macam ...
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 9:17 PM 2 comments
Labels: santapan rohani
Thursday, December 10, 2009
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 2:26 PM 11 comments
Labels: santapan rohani






