:: Teman-Teman ::


:: My Counter ::

Tuesday, January 5, 2010

Punca Kelemahan Pelajar Dalam Matematik - Bahagian 2

Salam. Baru hari ini saya berkesempatan untuk menjengah ke Warna Warna Kehidupan. Maklumlah minggu pertama persekolahan menyebabkan waktu saya cukup terbatas. Entri  hari ini, masih lagi berkisar tentang faktor penyebab mengapa pelajar tidak menguasai kemahiran Matematik.


Saya pernah bertanyakan kepada pelajar saya, tentang kegagalannya menjawab beberapa soalan Matematik. Jawapan yang diberikan ialah," tak ingatlah teacher ". Itu jawapan yang diberikan kepada saya.


Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan ingatan, antaranya ialah dengan mengurangkan lupaan. Betul kan ? Pelajar perlu memahami betul-betul tentang isi pelajaran yang cuba disampaikan. Pastikan semua yang disampaikan oleh guru-guru anda meresap dan kekal di dalam ingatan.  Ingatan juga  dapat ditingkatkan dengan membuat ulangkaji dan latih tubi. Menurut Campbell, (saya tidak ingat bukunya), 'the most important thing with homework, of course, is to do it'. Menurutnya lagi, masa yang terbaik untuk membuat ulangkaji Matematik ialah selepas tamatnya kelas Matematik. Ini adalah kerana, menurutnya ingatan pada ketika itu masih kekal segar lagi. Sekiranya latihan itu boleh diselesaikan, pastikan bahawa pelajar memahaminya. Campbell turut menyatakan ,' If you can't  solve the problem easily, you'll learn more. When you struggle a problem, you tend to concentrate on it. And when you concentrate, you tend to remember '. Saya sering mengingatkan pelajar-pelajar saya supaya membuat latihan yang saya bekalkan setiap hari, kerana pada saya latih tubi adalah merupakan aktiviti pembelajaran yang dilakukan secara berulang-ulang untuk meneguhkan daya ingatan pelajar. Tapi biasalah , budak-budakkan, saya rasa rakan-rakan guru yang lain ada jawapannya.

Seperti yang saya nyatakan dalam entri terdahulu, '... it is important to link Mathematics with life'. Dengan membuat perkaitan, mengaitkan maklumat dengan persekitaran akan dapat membantu pelajar  meningkatkan serta mengukuhkan ingatan pelajar.


Sikap juga memainkan peranan yang sangat penting. ' The differences between those who are goods at Math and those who are not is a matter of behavior... the key is practice. Lots of practice'. - Campbell. Pernyataan ini sudah cukup menjelaskan kepada kita bahawa sikap memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Sekiranya pelajar-pelajar kita bersikap negatif, negatiflah jawapannya. Jumpa lagi di entri yang akan datang.

Saturday, January 2, 2010

Matematik. Apa Sebenarnya Punca Kelemahan Pelajar Melayu ?



Selamat Tahun Baru - 2010.
 Komen negatif  mengenai Melayu dan Matematik sudah menjadi lumrah. Melayu dikatakan mudah putus asa apabila berdepan dengan soalan sukar dan kurang disiplin untuk membuat latihan secara konsisten. Pendek kata, ramai pelajar Melayu yang 'ditakdirkan' lemah dalam Matematik. Ini yang saya lihat, buat permulaan saya ingin mengupas isu 'kepincangan' Melayu dalam Matematik dari pandangan dan kaca mata saya sebagai guru Matematik. Selain itu, saya akan turut mendapatkan pandangan terus terang guru-guru Matematik bukan Melayu.

Sebelum itu, mungkin saya boleh memperkenalkan diri saya, saya, Cikgu Norhaliza, kalau sebelum ini saya  membahasakan diri saya dengan panggilan CN. Tahun ini saya berazam 'menaikkan' entri-entri yang lebih bersifat ilmiah, supaya kita boleh berbincang, bertukar-tukar pendapat, dan mengupas dengan mendalam tentang isu-isu yang cuba akan saya ketengahkan. Buat permulaan, entri saya yang pertama tahun 2010, saya ingin mengupas mengapa pelajar Melayu lemah dalam Matematik.

Mengapa Melayu ? Bukan Cina ? Bukan pelajar India ? Melayu aje ke yang lemah ? Saya tidak bermaksud untuk menjatuhkan maruah  bangsa saya sendiri. Tidak sama sekali. Mungkin  Melayu menjadi sasaran saya, kerana saya sendiri orang Melayu, dan jika dilihat dari segi statistik, Melayu yang mendominasi Malaysia. Jadi secara tidak langsung, bilangannya  ramai. Jika saya membincangkan pelajar Melayu, tidak bermakna pelajar India, pelajar Cina dan lain-lain tidak lemah dalam Matematik.

Melalui pengalaman saya, sebagai guru Matematik , saya dapati kelemahan yang paling ketara sekali di kalangan pelajar Melayu ialah tiada asas yang kukuh. Jangan hairan, jika terdapat pelajar tingkatan lima yang masih lagi tidak menguasai sifir. Setiap  kali, ada soalan-soalan lisan yang menyentuh tentang sifir, pelajar-pelajar ini tanpa ada rasa malu, akan mengeluarkan mesin kira mereka untuk mendapatkan jawapan. Bagi pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan, yang tidak mempunyai mesin kira, mereka ada cara lain, buku tulis akan mereka keluarkan, dan di belakangnya terdapat cetakan sifir, yang pastinya akan membolehkan mereka mengelak daripada didenda.

Sebagai guru, apa daya saya, apakah saya perlu mengajar pelajar-pelajar ini kemahiran sifir semula ? Sedangkan hujung tahun nanti mereka akan menduduki peperiksaan maha besar dalan kamus hidup mereka, Sijil Pelajaran Malaysia. Sebagai guru, saya hanya mampu tersenyum, sekurang-kurangnya pelajar saya berusaha untuk mendapatkan jawapan bagi soalan saya iaitu, 8 x 9 = ????

Tidak faham kemahiran yang diajar. Menjadi cikgu adalah merupakan cita-cita saya dari kecil. Mungkin melihat begitu semangatnya arwah abah mengajar murid-muridnya(beliau juga seorang guru Matematik) menjadikan saya begitu bersemangat untuk mengikut jejak langkah abah. Itulah impian  saya dan akhirnya saya dapat apa yang saya idamkan. Saya cintakan profesion ini. Jika di sekolah, seandainya saya tidak diberi  tugas-tugas yang saya minati , saya mudah berasa kecil hati. Kenapa khidmat saya tidak diperlukan ?Kenapa mereka tak bagi aku tugas itu ? Bisik hati kecil saya. Dan sehingga ke hari ini, perasaan itu masih ada lagi. Saya bersyukur. Saya jadi susah hati sekiranya nama saya tidak tersenarai dalam apa-apa juga aktiviti yang ada kaitan dengan Matematik. Itulah saya.  Anak-anak yang sudah dewasa dan menuntut di sekolah berasrama memberi kredit kepada saya untuk duduk di sekolah lebih masa dan ada masanya saya menyambung tugasan  di rumah.

Di kelas, sebaik mungkin saya akan memastikan pelajar-pelajar saya memahami apa yang saya ajar. Lebih-lebih lagi, sekarang, saya mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris. Itu tidak menjadi masalah pada saya. Kerana ketika di sekolah rendah dan menengah dulu, saya belajar di sekolah methodist, untuk berbahasa Inggeris, bukanlah perkara sukar. Apa yang sukar ialah untuk memahamkan pelajar -pelajar saya tentang kandungan atau kemahiran Matematik yang cuba saya sampaikan. Alhamdulillah setakat ini, maklumbalas yang saya terima dari pelajar-pelajar saya , amat menggembirakan.



Saya tidak risau dengan pelajar-pelajar dari kelas elit. Saya simpati dengan pelajar-pelajar kelas sederhana maupun yang lemah. Kenapa mereka perlu faham tentang kemahiran yang saya ajar? Saya terangkan kepada pelajar. Ini penting, kerana sekiranya pelajar-pelajar faham apa yang perlu mereka faham, saya tidak nampak mengapa Matematik menjadi killer subject pada mereka. Saya terangkan sehingga mereka benar-benar faham. Alhamdulillah , hasilnya kini saya nampak. Untuk memudahkan mereka memahami topik yang saya ajar, saya sering kaitkan Matematik dengan kehidupan seharian meraka. Saya ambil contoh-contoh mudah yang berlaku di persekitaran mereka. Saya letakkan diri saya sealiran dengan mereka. Sekiranya pelajar faham apa yang mereka belajar, secara tidak langsung, minat akan datang dengan sendirinya.

 KESIMPULANNYA ...

                        FAHAM   +    MINAT   =    LULUS CEMERLANG  ,
      
                                                     tapi sekiranya

          TIDAK  FAHAM  +    TIDAK MINAT  =  TIDAK  LULUS
     
Terdapat banyak faktor lagi yang boleh dikaitkan dengan permasaalahan ini di dalam entri seterusnya. Saya juga akan cuba mendapatkan pandangan ikhlas guru-guru Matematik bukan Melayu tentang hal ini. Sekiranya, ada sebarang komen membina, pandangan silalah ketengahkan.

Thursday, December 31, 2009

Sumber Inspirasiku...Bercita Tinggi !


Mereka bukanlah sesiapapun suatu ketika dahulu. Tetapi kini mereka telah mencipta nama dan dikenali di seluruh pelosok dunia. Jatuh bangun dan penderitaan yang bertamu ternyata telah menghadiahkan kejayaan yang tiada bandingannya. Kini, mereka disanjung dan dipuja. Malah menjadi sumber  inspirasi CN.



Soichiro Honda dilahirkan pada 17 November 1906 di Hamamatsu, Shizuoka, Jepun. Beliau merupakan pengasas syarikat Honda Motor Co. Ltd.
Sejak dari kecil, Honda membantu bapanya, Gihei, seorang tukang besi menguruskan perniagaan membaiki basikal  di kampung mereka. Ketika berusia 15 tahun, Honda merantau ke bandar Tokyo untuk mencari pekerjaan, tanpa sebarang kelayakan akademik.  Honda, diambil bekerja sebagai tukang besi di sebuah garaj. Selama enam tahun bekerja di situ, Honda mengambil keputusan untuk pulang semula ke kampung halamannya. Beliau membuka perniagaan membaiki kenderaan ketika usianya mencecah 22 tahun.  Pada tahun 1937, Honda mula menghasilkan piston ring untuk enjin kecil yang digunakan dalam motosikal. Honda juga  pernah digelar sebagai Japanese Henry  Ford. Setelah bersara, Honda  masih sibuk dengan tugasan berkaitan Honda Foundation. Meninggal dunia pada 5 Ogos 1991 akibat kerosakan hati.




Harland David Sanders atau lebih dikenali sebagai Colonel Sanders dilahirkan pada 9 September 1890. Menghembuskan nafas yang terakhir pada 16 Disember 1980.  Merupakan pengasas restoran makanan segera terkenal di dunia iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC). Disebabkan desakan hidup, ibunya keluar bekerja dan Sanderslah yang bertanggungjawab memasak untuk keluarganya. Sanders terpaksa berhenti sekolah akibat daripada kemiskinan keluarga.
Resepi 11 herba dan rempah rahsia Sanders telah menjadikan ayam gorengnya diminati ramai. Sesuai dengan taglinenya 'Sehingga Menjilat Jari'. Resepi tersebut ditulis sendiri oleh Sanders. Sehingga kini, rahsia resepi Sanders itu dikawal ketat dan tetap terpelihara.





Siapa yang tidak kenal dengan Rowan Atkinson yang tidak malu membawakan watak bodoh. Beliau merupakan pelajar pintar, yang menuntut di Universiti Newcastle dalam bidang Kejuruteraan Elektrik. Kreativitinya semakin menyerlah menerusi Mr Bean dan kerana rancangan itulah beliau dikenali sebagai Charlie Chaplin moden.


Nama mereka harum dan terkenal sebagai individu yang BERJAYA.

Hanya Ibu Yang Tahu



Usah disangsikan lagi
Inilah lambang kasih sejati
Termetri dalam hati ibu
Tiada yang dia pinta
Melainkan kesejahteraan anak-anaknya
Biar dia sendiri terseksa
Kerana melahirkan anak itu adalah korban mulia
Cuma ibu yang tahu
Anugerah kasih tanpa hijab
Jadilah ibu, baru kau tahu
Kenapa Allah meletakkan syurga
Di bawah telapak kakinya ...


Dari anis

Wednesday, December 30, 2009

Episod 5 - Rambang Mata




Setibanya di lokasi, CN disajikan dengan satu pemandangan yang menarik. Kelihatan sebuah pusat membeli belah yang mengetengahkan binaan moden dan unik. Semua itu sudah cukup membuatkan CN tidak sabar untuk menjelajah ke dalamnya. Tambah menarik apabila terdapat jalan raya yang dibina khas untuk pejalan kaki sekali gus mewujudkan suasana tenang kepada pengunjung yang datang untuk membeli-belah.

Tanpa melengahkan masa, CN memasuki Ngee Ann City, sebuah pusat membeli-belah paling terkenal di Singapura.

Mata CN tertumpu ke pelbagai jenis kedai serta butik mewah yang menawarkan koleksi pakaian, beg tangan, kasut, aksesori dan macam-macam lagi dengan rekaan yang menarik. Meskipun harga yang ditawarkan agak tinggi, CN lihat ramai rakyat Malaysia yang berbelanja mewah di sini. Menang membeli, alah memakai katanya. Memadailah dari tiada. Tidaklah pulang nanti dengan tangan kosong.

CN hanya sekadar menjamu mata dengan melihat produk-produk yang dipamerkan. Lagipun ia merupakan satu terapi yang menarik. Walaupun CN tidak berkemampuan untuk membeli-belah namun dengan melihat apa yang ada, sudah cukup menyenangkan hati dan perasaan.

Di sepanjang jalan itu juga dibina beberapa buah bar, kafe serta restoran makan bagi merehatkan diri untuk seketika sebelum menyambung semula aktiviti berbelanja. Secara tidak langsung kemudahan yang disediakan itu benar-benar menyempurnakan suasana santai waktu membeli.

Suka-suki

Salam Click Me~kepada semua rakan-rakan maya,

Tidak lama lagi, kita akan memasuki tahun baru, CN berasa gembiraClick Me~,tidak sabar2 memulakan tahun baru dengan penuh keazamanClick Me~

Malam tadi, CN terfikir Click Me~.... Apa agaknya azam baru untuk tahun depan??
Azam tahun 2009 dah terlaksana ke??Click Me~

Antara azam-azam CN untuk tahun baru ialah :

1.Harap-harap pelajar-pelajar CN tahun depan tidak malas Click Me~, kalau tidak CN akan Click Me~..

2.CN berazam untuk cuba mengawal kemarahan Click Me~..

3.Kalau CN diberi kerja, CN akan buat tanpa melenguh, ops, salah, mengeluh Click Me~....

4.Tidak akan tension Click Me~dan tidak akan lari Click Me~dari masalah..


ITULAH AZAM CN!

Hari Ini



Jika kamu berada di pagi hari,
Janganlah menunggu tibanya petang,
HARI INI lah yang akan anda lalui,
Bukan HARI KELMARIN yang telah berlalu,
Bukan juga HARI ESOK yang belum pasti
HARI INI lah yang mataharinya menyinari
Malamnya yang sentiasa setia menyapa
HARI INI tumpukan sepenuh perhatian
Berikah sepenuh fokus
Curahkan tekad dan iltizam
Untuk mempersembahkan solat yang paling khusyuk
Zikir yang penuh kesyahduan dan
Taubat yang disulami penyesalan
Beristigfarlah dan ingatlah selalu padaNya
Bersiap sedialah untuk sebuah perjalanan
Menuju alam kekal abadi

Tuesday, December 29, 2009

Episod 4 - Jamu Selera di Pasar Geylang Serai


Sebut saja makanan Islam, memang terdapat banyak di Malaysia. Tidak perlu risau. Beratus-ratus gerai atau kedai yang menyediakan makanan halal lagi bersih.  Tapi  di Singapura, terdapat tiga daerah yang sangat popular dalam menyediakan makanan Islam, iaitu di Simpang Bedok, Arab Street dan Geylang Serai, khususnya di Pasar Geylang Serai yang menjual pelbagai jenis makanan Melayu-Islam yang menjadi kegemaran ramai.


Dengan adanya gerai-gerai di sini, ia memberi pelanggan lebih banyak pilihan makanan untuk dicuba. Ketika di Pasar Geylang Serai ini, CN telah mencuba sebungkus nasi lemak yang berlaukkan ikan goreng  yang bernilai 3 Dollar Sing ( $3 ) iaitu kira-kira RM 7.50. Memang mahal... tapi apa boleh buat... tiada pilihan.

Saturday, December 26, 2009

Liatnya Nak Solat

Mengapa ini terjadi ?

Rasulullah s.a.w telah menyoal iblis, sabdanya," Wahai iblis, ketika umatku mendirikan solat , bagaimanakah hal engkau pada waktu itu?" Jawab iblis," Waktu itulah masa yang paling sukar bagiku, seluruh badanku akan menggeletar dan lemah. Lalu aku memerintahkan sekalian bala tenteraku yang terdiri dari syaitan dan jin supaya menggoda orang yang hendak solat itu. Setiap orang akan digoda oleh berpuluh-puluh syaitan, setengah pada anggotanya supaya ia berasa malas."

"Sesetengah akan masuk ke dalam hatinya supaya ia merasa was-was serta terlupa akan bilangan rakaat dan bimbang terhadap pekerjaan dunia lalu ia segera keluar dari sembahyangnya. Setengah akan masuk ke dalam mata dan menjadikan hatinya tidak senang. Setengah yang lain pula akan duduk di atas belakangnya supaya orang itu tidak tahan lama untuk duduk tahiyat akhir sementara di dalam hatinya berkehendakkan supaya sembahyang cepat habis. Semua godaan ini adalah supaya pahala sembahyang seseorang umatmu menjadi kurang. Sekiranya segala godaan syaitan itu tidak berhasil, maka akan aku hukum dengan seberat-berat hukuman ke atas syaitan-syaitan itu."

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan ini...

Kelebihan dan Hikmat Berzikir

Firman Allah s.w.t maksudnya," Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar." (al Ahzab 35)
Dari Rasulullah s.a.w , " Sesiapa yang mengucap 'Subhanaallah Hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga." ( H.R Muslim)
1. Akan mendapat keredhaan Allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
2. Akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
3. Akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezeki.
4. Akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat.
5. Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
6. Dapat menghilangkan perasaan rungsing yang bersarang di dalam hatinya.
7. Dapat membersihkan hatinya daripada segala kotoran dan juga penyakit.
8. Bila seseorang itu menyertai majlis zikir maka sebenarnya ia telah menyertai majlis yang dihadiri oleh para malaikat.
9. Akan sentiasa diingati oleh Allah s.w.t seperti dalam firmannya," Ingatlah kamu kepadaKu, maka Aku akan mengingatimu.'

Related Posts with Thumbnails