:: Teman-Teman ::

:: My Counter ::

Monday, November 30, 2009

Kem Motivasi, Program Tautan Kasih Untuk Puteri-Puteriku...

Puteri2ku bergambar kenangan bersama kakak dan abang fasi

Alahai..puteri2ku..Sejuk perut ibu mengandung..

Ehem2..bukan ke diet hari ini??
Musykil cikgu dengan kamu semua..~

Wah, opah..gembiranya...:)



Moga-moga kalian
dapat menggerakkan POTENSI DIRI ke arah yang lebih CEMERLANG...amin

dan ketahuilah cikgu AMAT MENYAYANGI kalian

Sunday, November 29, 2009

Sweet Memory

When I was young and Christmas trees were tall...

Sekadar Menulis

Aku bukanlah seorang yang puitis yang mampu bercerita tentang bulan dan bintang dengan penuh kiasan. Aku juga bukanlah dari latar belakang akademik ilmu sastera yang membuatkan sesiapa juga teruja membaca tulisanku ini. Tapi, kisah yang ingin aku kongsikan bersama benar-benar menyentuh hati dan perasaan ini. Cerita ini aku baca dalam sebuah akhbar harian dan ianya benar-benar menyentuh hati kecil perempuanku. Dan aku membacanya berulang-ulang kali.
Ceritanya begini .....
Lebih kurang tiga minggu yang lepas, saya membawa isteri ke sebuah pusat perubatan swasta. Dia mengadu kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. Saya tanya dia, " mengandung kut?" Dia kata tidak. akhirnya doktor mengesahkan isteri saya mengandung dua bulan.
Dia akan berasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk bagi isteri saya. Kasihan sungguh saya melihatnya, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak lalu, minum pun tak nak. Asyik tidur saja. Sekarang saya dah tahu bagaimana nak elakkan insomnia ( gangguan tidur) yang dialaminya. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca al-Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan.
Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bercerita tentang Allah, zat, sifatNya.
Ada yang bertanya bagaimana mahu menasihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tidak kiralah anak, suami atau isteri. Bagaimana ?
1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur, inilah waktuyang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya adalah paling optimum ketika ini, yang tidur hanyalah minda sedar.
2. Sentuhlah ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari di atas ubun-ubun, selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al-Fatihah. Kemudian teruskan dengan zikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh jangan diputuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang perlahan agar tidak sampai mengejutkannya. Beritahulah apa yang anda ingin memberitahunya. Kebiasaannya, saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan selawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi . Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu boleh masuk bersama dengan nasihat anda.
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda apabila kelopak matanya bergerak-gerak. Insyaalah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An-Nu'man), seseorang bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah, Tsabit. " Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewanya jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah " Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit ialah dia sendiri telah diasuh manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dalam kandungan lagi.
Logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih empat segi. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya.
Saya bacakan kisah para Rasul, para Nabi kepadanya. Isteri saya sudah pun nyenyak tidur dibuai mimpi. Saya ke halaman rumah mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil di rumah anak-anak yatim piatu.
Saya bersandar di bangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya di sini, kami akan bercerita tentang segala-galanya. Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim-piatu yang ditinggalkan di tengah padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu dan ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah.
Saya bertekad di dalam hati, bila anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah mamanya.
Saya tidak mahu terus melayan perasaan. Segera saya kunci pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi. Inilah bintang timur dalam hidup saya. Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintakan saya. Insyaalah, tidak lama lagi akan timbul bintang timur kecil dalam hidup saya.....

Saturday, November 28, 2009

Bila Izrail Datang Menjemput..

Kematian itu nyata

Tinggal keluarga, tinggal saudara


Saat dimasuk ke liang lahad

Setiap makhluk itu ada had umurnya. Apabila tiba waktunya, maka dia akan pergi meninggalkan dunia ini. Bagi orang yang beriman, bertaqwa, ia akan didatangi oleh malaikat maut atas perintah Allah SWT. Bersamanya kain sutera dari syurga. Padanya wangian, lambang nikmat dan keindahan yang tidak dapat digambarkan melalui akal manusia.

Malaikat maut mencabut nyawa hamba berkenaan dengan lembut, seumpama menarik rambut dalam adunan tepung. Lalu dikata:" Keluarlah wahai jiwa, roh yang tenang menemui Tuhanmu dalam keadaan reda lagi meredhai".

Apabila roh keluar, maka malaikat akan meletakkannya di atas sutera yang dibawa dari syurga tadi. Lalu kain tadi dilipat padanya roh orang yang beriman tadi. Diarak ke langit untuk dipersembahkan kepada Allah yang menciptanya, menghidupkannya dan mematikannya.

Para malaikat berasa kagum dengan roh yang diarak tadi. Semuanya bertasbih memuji-muji kebesaran Illahi. Roh kini berada di alam arwah. Alam arwah ? Alam arwah ialah alam yang memisahkan kehidupan dunia dan akhirat.

Sesungguhnya Allah itu Maha Agung, Berkuasa dan Berdiri dengan sendiri. Demikianlah janji-janji Allah terhadap hambaNya yang beriman.

Setiap yang hidup akan mati, dan apabila tiba ajalnya, pupus dan musnah jasad yang dimiliki. Segala-galanya termaktub di loh mahfuz , itulah ketentuan Illahi. Orang yang beriman, mengakhiri hayatnya dalam keadaan reda dan diredhai..

Friday, November 27, 2009

Kenangan Terindah ...........


Tiba-tiba sahaja, aku terkenang kembali kembara ku ke Tanah Suci pada tanggal 29 Disember 2004 yang lalu bersama suami tercinta .Kembara kami buat kali kedua setelah menunaikan umrah bersama dengan tiga cahayamata.
Ketika ini jemaah haji berkumpul untuk wukuf di Arafah, puncak kepada ibadah haji.Selepas selesai menunaikan segala rukun, wajib dan sunat ibadat haji, mereka akan pulang ke tanah air masing-masing, disambut gembira oleh kaum keluarga dan sanak saudara.
Mudah-mudahan saja mereka mendapat haji mabrur, yang diterima dengan segala keredhaan Allah SWT. Itulah harapan setiap tetamu Allah. Hendaknya mereka pulang tidak sekadar membawa gelaran haji dan hajah, air zam-zam, sejadah, kurma dan tasbih, tetapi juga membawa pulang hati yang jernih, yang berbekalkan kesedaran mendalam mengenai kekuasaan Allah SWT. Inilah juga harapanku.....


My Stick Family from WiddlyTinks.com

Selamat Hari Jadi , Ibu...........

Nenek, cepatlah potong kek tu .....



Di kala ku sunyi
Dibuai rindu pada kamu
Ku kenangi keikhlasan yang terindah dari jiwa
Untuk ku teruskan mimpi mimpi dalam hati

Oh pengorbanan tanpa keluhan
Ku hargai ke akhir hayatku ini
Kau teristimewa anugerah hidup paling ku abadi
Ini lah inspirasi bagiku

Di kala hati ku
Di badai sendu ku tercari
Sinar itu dimatamu yang menyerikan hariku
Tanpa kamu ibu, ku tiada kekuatan

Betapa hidup berubah setelah sekian lama
Payah bertukar jadi bahagia

Inilah inspirasi.. Bagiku..

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha


Perkara pertama yang diperintahkan Allah SWT ialah solat, puasa pula merupakan pengorbanan dengan meningggalkan makan dan minum pada bulan Ramadhan. Haji pula merupakan kembara agung ke rumah Allah SWT. Kita melakukan tawaf bersama-sama dengan jutaan manusia dari seluruh pelusuk dunia. Pengorbanan mengerjakan haji ialah apabila kita sanggup membelanjakan ribuan ringgit dan meninggalkan orang-orang yang kita sayangi, hanya semata-mata keranaMu, Ya Allah.
Kembara Agung ke bumi barakah sangat dinanti-nantikan oleh setiap dari kita. Setiap saat yang kita lalui di bumi yang penuh dengan keberkatan itu terlalu indah untuk kita semua nikmati. Hanya kesyukuran yang mampu diucapkan lantaran terpilih menjadi tetamuNya.

Wednesday, November 25, 2009

Cuti sekolah......datang lagi


Salam untuk semua,

Cuti sekolah datang lagi... baru hari ini aku berasa benar-benar 'free', walaupun dah hampir beberapa hari sekolah bercuti. Maklumlah sebagai guru, tugasan tidak pernah putus. Hari Isnin yang lalu, 23 NOV 2009, pelajar-pelajar yang disayangi sekalian telah menduduki kertas Mathematics 1 dan 2. Cikgu harap kalian semua dapat menjawab soalan-soalan tersebut dengan tenang . Dan semoga kejayaan cemerlang akan menjadi milik kita nanti. Mudah-mudahan.....

Related Posts with Thumbnails