:: Teman-Teman ::

:: My Counter ::

Saturday, November 28, 2009

Bila Izrail Datang Menjemput..

Kematian itu nyata

Tinggal keluarga, tinggal saudara


Saat dimasuk ke liang lahad

Setiap makhluk itu ada had umurnya. Apabila tiba waktunya, maka dia akan pergi meninggalkan dunia ini. Bagi orang yang beriman, bertaqwa, ia akan didatangi oleh malaikat maut atas perintah Allah SWT. Bersamanya kain sutera dari syurga. Padanya wangian, lambang nikmat dan keindahan yang tidak dapat digambarkan melalui akal manusia.

Malaikat maut mencabut nyawa hamba berkenaan dengan lembut, seumpama menarik rambut dalam adunan tepung. Lalu dikata:" Keluarlah wahai jiwa, roh yang tenang menemui Tuhanmu dalam keadaan reda lagi meredhai".

Apabila roh keluar, maka malaikat akan meletakkannya di atas sutera yang dibawa dari syurga tadi. Lalu kain tadi dilipat padanya roh orang yang beriman tadi. Diarak ke langit untuk dipersembahkan kepada Allah yang menciptanya, menghidupkannya dan mematikannya.

Para malaikat berasa kagum dengan roh yang diarak tadi. Semuanya bertasbih memuji-muji kebesaran Illahi. Roh kini berada di alam arwah. Alam arwah ? Alam arwah ialah alam yang memisahkan kehidupan dunia dan akhirat.

Sesungguhnya Allah itu Maha Agung, Berkuasa dan Berdiri dengan sendiri. Demikianlah janji-janji Allah terhadap hambaNya yang beriman.

Setiap yang hidup akan mati, dan apabila tiba ajalnya, pupus dan musnah jasad yang dimiliki. Segala-galanya termaktub di loh mahfuz , itulah ketentuan Illahi. Orang yang beriman, mengakhiri hayatnya dalam keadaan reda dan diredhai..

2 comments:

ABDUL HALIM B MD NOH said...

ingatlah..
mati itu pasti..
alam kubur itu pasti..
syurga dan neraka itu pasti..
kiamat itu pasti..
timbangan kebajikan itu pasti..

tetapi ramai yang masih dalam ketidakpastian.

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam saudara,

Hidupku untuk mati.

Related Posts with Thumbnails