:: Teman-Teman ::


:: My Counter ::

Monday, April 5, 2010

Cubalah Terima Pandangan Orang Lain...

Manusia tidak boleh hanya mementingkan diri sendiri. Lebih-lebih lagi, kita hidup bermasyarakat, kita punya ayah, kita punya ibu, kita punya adik-beradik, kita punya teman-teman dan lebih-lebih lagi kita punya tuhan.

Orang yang mementingkan diri sendiri, memang tidak mahu mendengar suara orang-orang yang berada di sekitarnya. Cuma yang dia mahu dengar hanyalah suara nafsu dan suara keinginannya sahaja. Suara rintihan orang-orang disekelilingnya, tidak langsung  diendahkan. Itu semua tidak penting. Apa yang penting ialah keinginannya tercapai.

Pemimpin yang baik ialah mereka yang dapat menyentuh hati golongan yang dipimpin. Tetapi sebelum kita dapat menyentuh hati orang yang dipimpin, kita semestinya menyelami apa ada dalam hati mereka.

Hendak menyelami hati mesti mendengar dulu suara mereka. Semestinya kita menjadi mendengar yang baik
Dalam kehidupan seharian, antara suara yang perlu kita dengar ialah:

1. Suara mereka yang rapat dengan kita seperti suara hati suami, isteri, anak, teman dan sahabat kita. Luangkan masa mendengar sama ada pujian atau teguran. Tunjukkan wajah yang simpati dan tindakbalas.Hindari wajah yang dingin kerana ia akan melukakan mereka yang sedang berkomunikasi dengan kita. Ramai orang yang suka ceritanya didengar.

2. Suara pelanggan. Kepada yang ingin berjaya dalam perniagaan, luangkan masa untuk mendengar suara hati pelanggan, kerana kadang-kadang ilmu dan hikmah datang daripada suara mereka ini.

3.Suara lawan. Suara lawan memang sukar untuk diterima, malah kadang-kadang disambut dengan lawan juga. Bagi mereka yang bijaksana, suara lawan sebenarnya sangat berharga. Melalui kritikan mereka ini, kita dapat mengetahui kelemahan kita, bahkan yang cacat pun akan dapat diperbaiki.

Mulai hari ini, marilah kita belajar mendengar, bukan sahaja kata-kata tetapi juga perasaan mereka yang berada di sekitar kita. Nanti mereka juga akan mendengar perasaan kita.

Wassalam.



6 comments:

Unknown said...

menarik N3 ni
saya copy untuk dijadikan satu bahan dalam kelas komunikasi saya.....

cm said...

pemimpin juga perlu menghargai usaha orang lain.. bukan hanya mendengar pendapat orang lain... betul tak cikgu!

mama ju said...

Salam

Terimakasih kerana tazkirah ini.Ya mama cuba mendengar apa org keliling kata...

Jumpa lagi.

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam,

Buat Jinggo, persilakan, ilmu milik semua orang.Moga dapat menjadi manfaat pada kita semua.

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam buat cikgu math,

Sebagai seorang yang dipimpin dan orang yang memimpin, kita rasa suara hati kita tidak pernah didengar, kalau ada pun dalam keadaan yang terpaksa dan terdesak, menghargai usaha apatah lagi... buat tak tahu je. Siapa pandai ampu, dia yang punya...

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam mama ju,

Moga kita semua dapat menjadi pendengar yang baik. Bukan setakat apa yang dikeluarkan di bibir sahaja malah apa yang ada di perasaan juga... Mudah-mudahan suara hati dan perasaan kita turut didengar oleh keliling kita.

Related Posts with Thumbnails