:: Teman-Teman ::

:: My Counter ::

Sunday, March 21, 2010

Bencana Akhir Zaman

Berita Harian, 20 Mac 2010 - Seorang pelayan kedai berusia 23 tahun didakwa di Mahkamah Tinggi, Kuching kerana membunuh anaknya dengan membuang bayi yang baru dilahirkan ke dalam parit di Stutong. Tertuduh berusia 23 tahun, didakwa bersama seorang lelaki yang masih bebas melakukan perbuatan berkenaan antara jam 12.30 pagi dan 2.30 pagi, 3 Mac lalu. Bayi juga dipercayai masih bernyawa ketika dibuang. Jika sabit kesalahan, boleh dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.                                                 

ISUNYA :
1. Kes buang bayi ini, entah yang ke berapa untuk tahun 2010.
2. Sudah tentulah bila ada bayi, yang melakukannya pastilah dua makhluk yang berbeza jantina. Si lelaki masih bebas, dan yang menanggung semuanya adalah wanita malang ini.
3. Hilangnya nilai-nilai kemanusiaan dan tidak wujudnya nilai seorang ibu di hati wanita tidak berhati perut ini.
4. Kesalahan ini menyebabkan pelakunya boleh dihukum gantung sampai mati, ini baru hukum dunia, belum lagi hukuman dariNya. Mudah-mudahan menjadi ikhtibar kepada kita semua.

LIHAT :


MENGAPA INI TERJADI ?

Tidak lain, kerana ZINA

Tafsiran umum tentang perlakuan zina..

Zina membawa maksud perlakuan sumbang ataupun persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah di sisi syarak.

Perlakuan ini mestilah berlaku antara lelaki dan perempuan tanpa paksaan serta berlaku dengan rela hati

Satu persoalan di sini ialah, apakah tidak sama antara ZINA, SEKS BEBAS yang berlaku begitu berleluasa masa kini? Mungkin perkataan tersebut berasal dari rumpun yang berbeza, tetapi perlu diingat bahawa bahasa dan sebutan mungkin berbeza akan tetapi membawa satu maksud yang sama dalam agama iaitu ZINA atau melakukan hubungan seks tanpa keizinan syarak.

Mari kita renung sejenak tentang zina(seks bebas) yang mungkin serba sedikit telah mempengaruhi minda remaja serta masyarakat Islam masa kini.

Apa yang dimaksudkan oleh setengah negara dengan kerelaan yang mengaibkan itu ialah apabila orang yang disetubuhi itu tidak sampai umur 18 tahun genap. Hukuman bagi persetubuhan dengan kerelaan yang mengaibkan ini adalah ringan sahaja, kerana perlakuan itu hanya dianggap sebagai salah laku.

Undang-undang Islam menyifatkan perbuatan zina sebagai penggugat kehidupan orang ramai dan kesejahteraan mereka serta musuh yang ketat kepada keluarga, sedangkan keluarga adalah asas atau punca terdirinya sesuatu jemaah. Dengan membenarkan atau membebaskan orang-orang melakukan zina itu boleh menyebarluaskan kejahatan dan keburukan di kalangan masyarakat. Mula-mula akan menghancurkan keluarga dan akhir sekali menghancurkan ummah. Inilah yang mahu dicegah oleh Islam sebagai agama rahmat dan penyelamat sejagat.
Masyarakat Eropah dan masyarakat Barat pada umumnya rosak disebabkan zina. Akhlak yang mulia hancur disebabkan pergaulan yang tidak mengenal batasan. Anak-anak gadis di bawah umur lagi sudah sedia mengenali budaya buruk ini. Umur 15 tahun lagi ataupun lebih awal dari itu, anak-anak gadis sudah hilang dara. Tegasnya bersekedudukan sebelum kahwin adalah perkara biasa bagi masyarakat Barat.

Dan kini, berzina, seks bebas malah bersekedudukan menjadi perkara biasa di Malaysia.

Nauzzubillah...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails