:: Teman-Teman ::

:: My Counter ::

Saturday, December 12, 2009

7 Macam ...


Dari Anas r.a berkata , ada tujuh macam pahala yang dapat diterima oleh seseorang selepas matinya:
1. Sesiapa yang mendirikan masjid, tetap akan mendapat pahala selagi masjid itu digunakan untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum melaluinya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya tidak kira manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkaan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Mereka yang meninggalkan anak yang soleh.
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda, apabila mati anak Adam, maka terhentilah amalannya, melainkan tiga perkara :
1. Sedekah jariah
2. Ilmu berguna yang diamalkan
3. Anak-anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan baik baginya.
Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan ini.

2 comments:

Mybabah said...

Salam Cikgu. Saya pernah dengar (tanpa nas) bahawa wujudnya "dosa jariah",iaitu dosa hasil buah tangan kita, umpamanya dosa mendirikan tempat-tempat perjudian, pelacuran dan lain-lain. Begitu juga, dosa tidak mengajar anak-anak dengan betul sehingga anak-anak jauh tersesat daripada agama. Jika hal ini wujud dan ada nasnya, kita juga perlu tekankan perkara ini supaya masyarakat takut membuat dosa-dosa yang akan diwarisi hingga ke hari kiamat. Na'uzubillah dan wallahualam.

insan pendidik said...

salam cikgu,

Dalam mengejar urusan duniawi. Persediaan ukhrawi jangan dilupa. Mudah2an kita terpilih untuk di tempatkan di sisi orang yang beriman.

Related Posts with Thumbnails