:: Teman-Teman ::

:: My Counter ::

Wednesday, December 30, 2009

Episod 5 - Rambang Mata




Setibanya di lokasi, CN disajikan dengan satu pemandangan yang menarik. Kelihatan sebuah pusat membeli belah yang mengetengahkan binaan moden dan unik. Semua itu sudah cukup membuatkan CN tidak sabar untuk menjelajah ke dalamnya. Tambah menarik apabila terdapat jalan raya yang dibina khas untuk pejalan kaki sekali gus mewujudkan suasana tenang kepada pengunjung yang datang untuk membeli-belah.

Tanpa melengahkan masa, CN memasuki Ngee Ann City, sebuah pusat membeli-belah paling terkenal di Singapura.

Mata CN tertumpu ke pelbagai jenis kedai serta butik mewah yang menawarkan koleksi pakaian, beg tangan, kasut, aksesori dan macam-macam lagi dengan rekaan yang menarik. Meskipun harga yang ditawarkan agak tinggi, CN lihat ramai rakyat Malaysia yang berbelanja mewah di sini. Menang membeli, alah memakai katanya. Memadailah dari tiada. Tidaklah pulang nanti dengan tangan kosong.

CN hanya sekadar menjamu mata dengan melihat produk-produk yang dipamerkan. Lagipun ia merupakan satu terapi yang menarik. Walaupun CN tidak berkemampuan untuk membeli-belah namun dengan melihat apa yang ada, sudah cukup menyenangkan hati dan perasaan.

Di sepanjang jalan itu juga dibina beberapa buah bar, kafe serta restoran makan bagi merehatkan diri untuk seketika sebelum menyambung semula aktiviti berbelanja. Secara tidak langsung kemudahan yang disediakan itu benar-benar menyempurnakan suasana santai waktu membeli.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails