:: Teman-Teman ::

:: My Counter ::

Saturday, December 26, 2009

Esok 10 Muharram

Salam teman-teman. Esok, 10 Muharram 1431H, hari yang disunatkan untuk kita, umat Islam berpuasa ( puasa 'Asyura).
Dari Ibnu Abbas r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda," Sesiapa yang berpuasa pada hari 'Asyura, Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat dan siapa yang berpuasa pada hari 'Asyura akan diberi pahala 10,000 orang yang berhaji dan berumrah dan 10,000 pahala orang yang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut, maka Allah s.w.t akan menaikkan setiap satu rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada hari 'Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan kepada seluruh umat Rasulullah s.a.w yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Dalam bulan ini juga kita disunatkan agar memperbanyakkan amalan bersedekah kepada fakir-fakir miskin. Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga. Haa, tentang ini CN tak risau sangat, kerana memang bulan ini, terlebih-lebih perbelanjaan yang kita peruntukkan untuk anak-anak khasnya. Almaklumkan, perkakas sekolahnya, itu tidak termasuk yuran-yuran yang perlu kita lunaskan kepada pihak sekolah. Moga perbelanjaan persekolahan anak-anak kita, diterima sebagai amal jariah. Mudah-mudahan...

1 comments:

Muhamad Zahir Bin Mahmud said...

salam cikgu...
Moga kita mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan sempena hari Asyura ini.Ramai yang tak tahu sebenarnya...yang diaorang tahu, Asyura tu kacau bubur ja...satu artikel yang baik..

Related Posts with Thumbnails