:: Teman-Teman ::

:: My Counter ::

Tuesday, February 16, 2010

Inilah Jadinya Kalau Tiada Ilmu...


Fenomena menyambut Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih bukanlah suatu yang asing bagi kita semua.  Saban tahun kita 'diingatkan' akan kehadirannya. Dan saban tahun jugalah kita dihidangkan dengan berita-berita penangkapan yang dijalankan  oleh jabatan terbabit. Ramailah yang  ditahan, remaja perempuan, remaja lelaki, suami dan isteri orang dan tidak ketinggalan juga mereka yang bergelar janda. Menyaksikan apa yang berlaku, tentu sekali maruah individu terbabit  tercalar, dan apa yang mengecewakan, keluarga yang terpaksa menanggung malu dan aib sepanjang hidup mereka. Golongan cerdik pandai agama telah sepakat untuk mengharamkan Hari Valentine untuk diraikan, namun apa yang terjadi ? Kata-kata mereka seolah-olah tidak didengar oleh golongan ini . Langsung tidak berbekas.
Keinginan untuk mengikut memang ada dalam diri manusia. Ikut-ikutan akan menjadi lebih tercela apabila orang yang diikuti berbeza dari segi akidah dan keyakinan.' Barang siapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut.' ( HR At-Tirmizi) . Menyambutnya bukan budaya kita, bukan budaya orang Islam.
Lihat sahaja pengisian yang dilakukan ketika menyambutnya, majlis yang dihadiri oleh perempuan dan lelaki  yang bukan mahram dan terang-terang  mengundang bala. Itu belum lagi pesta muzik yang terkadang disertai dengan aktiviti meneguk  minuman keras. Hari ini dijadikan oleh mereka sebagai medan untuk mengekspresikan rasa cinta terhadap pasangan masing-masing. Kasih sayang yang dilahirkan hanyalah kasih sayang yang palsu, lebih tepat lagi kasih sayang yang berpaksikan nafsu. Bukan kasih sayang yang diasaskan kepada hukum Allah. Akhirnya yang terjadi ialah kes buang bayi...naudzu billahi min dzalik.

9 comments:

Tihara said...

VALENTINE..BUDAYA BARAT

UstazCahaya said...

Salam ziarah, Cikgu Norhaliza.

Saya setuju dengan apa yang cikgu luahkan di atas. Minta jasa baik cikgu untuk menambah komen cikgu di url di bawah. Di situ saya cuba mengumpul pendapat kaum ibu tentang valentine.

http://ustazcahaya.blogspot.com/2010/02/luahan-kaum-ibu-tentang-valentines-day.html

Ahmad Zulfadhli said...

nilah senjata ampuh paling hebat penjajah.. menyerang umat islam dengan psikologi iaitu penjajahan minda setelah galal menewaskan umat Islam melalui penjajahan fizikal..

Putera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
e-Store Stormreaders - http://www.stormreadersstore.co.cc/

Miliki buku2 ilmiah karya ikon2 popolar seperti Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Irfan Khairi, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Nor Bahyah & ramai lagi di http://www.stormreadersstore.co.cc/ sekarang!

INTAN RH said...

Salam kunjung balas, cikgu. Your blog is nice too.

Have a nice day cikgu, dah start mengajar ker? :)

insan pendidik said...

salam,

kecewa nengok paparan media massa muda mudi ramai ditangkap pd mlm valentine tu ... bangsa kite lak tuu

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam Tihara,

Budaya Barat yang dah hampir sebati dengan jiwa remaja Islam.

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam UstazCahaya,

K, nanti saya ke situ. Anyway tugasan berat untuk kita semua, membanteras budaya penjajah ini.

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam Putera Melaka,

Minda dijajah membuktikan lemahnya jati diri manusia itu.

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam Intab RH dan IP,

Terima kasih atas kunjungan, sedih, kecewa, marah, geram.... semua ada.....bila melihat gelagat manusia 'bin' dan 'binti' ni.

Related Posts with Thumbnails