:: Teman-Teman ::

:: My Counter ::

Monday, February 22, 2010

S.P.A


Hari pertama saya ke sekolah, setelah bercuti panjang, sesuatu yang amat meletihkan. Emosi  dan tindakan harus disediakan terlebih dahulu, sebelum berhadapan dengan remaja-remaja akhir zaman  ini.

Seperti biasa, warga sekolah berkumpul di dataran perhimpunan. Saya juga tidak terkecuali, cuma  hari ini kaki saya melangkah agak longlai, tidak bersemangat, sepertimana hari-hari biasa. Ada yang tidak kena dengan hati dan perasaan. Saya sendiri kurang pasti. Kebetulan hari ini adalah merupakan hari perasmian Minggu Anti Dadah dan Minggu Koperasi Sekolah. Banyaklah insan-insan yang ingin menyampaikan amanat. Saya mendengar dengan teliti, tanpa banyak berfikir. Sekadar mendengar, masuk telinga kanan , keluar telinga kiri.

SETENGAH JAM kemudian, tumpuan saya kini lebih fokus kepada bual bicara seorang teman guru yang sedang berada di atas pentas. Bercerita tentang, S.P.A. Saya mula memberikan tumpuan .' Seronok ni. Lain dari yang lain,' bisik hati kecil saya.' Pelajar-pelajar sekalian SPA bukanlah seperti mana yang ada sangka. Memanjakan diri, di tempat yang ekslusif, ' jelas guru lelaki sebaya saya itu  dalam pelat Cinanya . S.P.A adalah dari singkatan  perkataan simpang, pilihan dan akibat.

Saya terpanggil untuk memberikan perhatian. Ini sesuatu yang baru. Tidak lagi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Saya terus mengeluarkan buku nota yang setia berada dalam tas tangan usang saya. Betul kata sahabat saya, kita selalu berada di persimpangan, sama ada untuk meneruskan perjalanan, belok ke kiri, belok ke kanan, atau mungkin berpatah balik ke belakang. Samada pilihan kita tepat, kurang tepat atau benar-benar tepat, itu yang penting. Pilihan amat penting, kerana akibatnya kita yang tanggung .

Inilah kehidupan namanya. Terlalu banyak pilihan, membuatkan manusia, tidak tahu mana yang terbaik untuk diri. Jika tiada pilihan, manusia juga bisa pening kepala. Oh manusia ! Saya juga manusia. Tidak lepas dan tidak lari dari berada di persimpangan. Maka kerana itu, saya rasa ada baiknya kita minta pertolongan dariNya, melalui solat istikharah, misalnya. MasyaAllah, terlalu indahnya hidup ini. Moga saya dan kita semua sentiasa dibantu untuk membuat pilihan yang tepat ketika berada di persimpangan. Mudah-mudahan.


6 comments:

sonata anak kancil said...

SPA? mintak kongsi guna pakai ni boleh yer.......pagi tadi jugak sekolah saya aade majlis perlantikan pengawas pusat sumber & polisi sekolah selamat....

- jinggo - said...

suka baca sukaduka cgu disekolah ni.....

Cikgu Norhaliza™ said...

Silakan. Yang baik kita kongsi bersama...

INTAN RH said...

SPA? new words..tp boleh diaplikasikan dlm hidup.

:)

myfuzzyworld said...

Salam Cikgu Norhaliza dan semua pembaca blog ni,

Saya ingin menjemput anda semua untuk participate dlm survey saya berkenaan dengan Blog Quality Evaluation. Anda juga berpeluang utk memenangi 4GB Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.

Sila layari:
http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

atau boleh terus ke:
http://www.surveygizmo.com/s/187637/blog-evaluation

TQVM
-zu-

abu muaz said...

ingatkan spa yang biasa tu.

Related Posts with Thumbnails