:: Teman-Teman ::

:: My Counter ::

Thursday, February 18, 2010

Setuju Tak ?

Kadang-kadang kita tidak perlu ucapkan 'Saya Sayang Awak' tiap saat. Lebih-lebih lagi pada pasangan yang telah lama berkahwin. Ini pandangan peribadi saya. Tapi... mungkin ada yang tidak setuju dengan pernyataan saya ni. Ramai yang suka  pasangan mereka meluahkannya setiap waktu, kalau boleh setiap saat. Barulah romantik...kata mereka.

Bagi saya, cukuplah sekadar diucapkan pada hari-hari istimewa, contohnya pada Hari Lahir, mungkin pada Hari Ulangtahun Perkahwinan atau mungkin ketika pasangan berada jauh, 'out station' .

Pada saya, satu perkara yang pasti. jika saya benar-benar sayangkan seseorang, saya perlu menterjemahkan kata-kata sayang itu dengan tindakan saya. Maksudnya ?

Seorang isteri yang meluahkan sayang pada suami perlulah bertindak merealisasikan maksud kasih sayang tersebut dalam bentuk tanggungjawab yang perlu dan wajar sebagai seorang isteri. Contohnya ,




saya memasak untuk pasangan saya dan anak-anak, makanan kegemaran mereka



Saya juga menyapu (kadang-kadang guna  penyedut hampagas), supaya mereka dapat hidup selesa







Saya juga melipat kain-kain baju pasangan dan anak-anak yang melambak-lambak, seminggu sekali.




Saya juga tidak lupa menyiram pokok bunga hampir setiap petang, terutama musim panas sekarang ni.

                                            

 Kucing peliharaan keluarga, Labu, juga saya belai dengan penuh kasih sayang.

Apa yang penting, saya telah melahirkan bayi-bayi yang comel untuk pasangan saya, 17  tahun dulu. Bukankah itu kasih sayang namanya ?  ( Awas, entri ini hanya untuk pasangan suami-isteri sahaja )

Setuju tak ?

7 comments:

sonata anak kancil said...

sangat setuju apa yang dicatat tu!
saya pun begini la juga....cuma saya tak menyiram...keje menyiram keje hubby...dia sayang saya la tu....jadi dia jaga pokok2 yang ditanam untuk saya juga....

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam sonata aak kancil,

Terima kasih , mmg benarlah ye, klu sayang kat wife ke atau husband ke, kena ringan tanganlah. Jgn ringan smpai ke pipi plak.

INTAN RH said...

Sy plak dah terbiasa tiap2 mlm ckp "gudnite, i lap u i mis u"..ckp thru sms jek sbb kami berdua duk jauh..

:)

izakhairi said...

setuju 100%...
kekadang perbuatan lebih banyak membawa pengertian dari sekadar ungkapan biasa yang kita tak pasti keikhlasannya...kan

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam Iza,

Semoga tindakan kita juga akan diterima sebagai ibadat. Mudah-mudahan

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam Intan RH,

Kalau dok jauh, rasanya mmg sesuai kata-kata keramat tu diucapkan setiap hari, sebab tu aje tindakan yang sesuai buat pasangan yg jauh.

Anonymous said...

Salam tuan punya blog,

Menarik, betul gak lah. Tindakan mengatasi sgala-galanya. Tak semestinya kena ucap syg, kekadang tindakan penting dlm meluahkan rasa syg. Cakap je syg, tapi penyapu tak penah nak pegang. Camne tu ?

Related Posts with Thumbnails