:: Teman-Teman ::

:: My Counter ::

Thursday, September 23, 2010

aPA naK jADi ???


Hutang nyawa, dibayar nyawa. Itulah akibat yang diterima oleh pemandu teksi , Mohd Fazlli Azri Jamil selepas didapati bersalah  membunuh anak kepada teman wanitanya, Siti Nurhanim bt Aziz. Sedih betul ketika saya membaca berita ini . Sedih bukan kerana Syafiah Humaira Sahari, tiga tahun empat bulan yang terpaksa melalui kisah duka itu, air mata kita semua sudah kering untuk menangisi pemergiannya dan kini mungkin dia aman 'di sana'. Sedih kerana ibu kepada kanak-kanak malang itu menerima ciuman di pipi , dari teman lelakinya yang didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira. Tanpa ada rasa malu , tanpa ada rasa berdosa, dan mungkin dengan rela hati dia menerima ciuman itu. Apa nak jadi ? Apa nak jadi dengan dunia sekarang ? Mereka melakukannya di khalayak ramai, seolah-olah Malaysia ialah negara orang putih. Mungkin inilah yang dikatakan umat akhir zaman. Malu, sudah tiada lagi. Malu, sudah tidak wujud  lagi. Dan tanpa rasa malu jugalah pesalah ini juga telah mengaku meneguk air haram yang membuatkan dia berada dalam keadaan mabuk.

    Seperkara lagi, remaja kembar dari Perak yang melarikan diri bersama dengan seorang teman perempuan pada Hari Raya Kedua yang lalu, mengaku mengadakan hubungan seks bersama dengan teman lelaki masing-masing. Bukan sekali malah berkali - kali. Remaja juga mengaku menginap di sebuah hotel di Jalan Pintal Tali, Georgetown dan di situlah mereka melakukan aktiviti terkutuk itu. Mana perginya maruah remaja ini ? Sebenarnya di luar sana, masih ramai lagi remaja yang terjebak dalam kisah percintaan yang mereka anggap suci dan sepenuh hati. Remaja-remaja ini terlalu cetek ilmu dalam bab-bab yang berkaitan dengan hal-hal agama dan hal-hal yang berkaitan dengan masa depan mereka. Pendek akal ...

   Untuk menjadi manusia yang dapat membezakan yang baik dan buruk, kita perlukan hidayah dari Allah. Sebab itu, jangan jemu dan lalai dari berdoa untuk memohon hidayah. Semoga kita terus bercita-cita dan berusaha ke arah hidayah Allah. Sedikit cita-cita dan usaha untuk menjadi baik pasti akan diperbaiki Allah, insyaAllah.

1 comments:

Pn Kartini said...

salam..

betapa sayu dan sedih..berbaur dgn rasa marah dgn mereka yang jelas mengikut hawa nafsu yg sekaligus tersasar dari landasan keredhaanNya...
Beginilah umat akhir zaman...dosa dilakukan menjadi2......tanpa rasa takut pada dosa yang dibuat...:(

Related Posts with Thumbnails