:: Teman-Teman ::

:: My Counter ::

Sunday, September 26, 2010

Apa Sebenarnya Kekuatan Pada Diri Manusia

Badan yang besar, tulang yang kuat, harta  yang banyak, belum tentu dapat menjadi kekuatan kepada seorang insan yang bernama manusia. Selain akalnya yang menyimpan berjuta inspirasi, ada satu kelebihan lain iaitu mata hati yang mengandungi kekuatan emosi.
     Cantiknya kita, manusia , dijadikan Allah SWT dalam bentuk yang paling sempurna. Tetapi, kini, manusia mungkin lebih hina daripada binatang akibat daripada perbuatan tangan kita sendiri. Sepertimana yang terdapat dalam Surah al-Tin, ayat 4 dan 5 yang berbunyi, " Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian (jika ia panjangkan umur sehingga tua atau ia menyalahgunakan kesempurnaan itu) kami kembalikan ia ke serendah-rendah peringkat orang yang rendah."
     Mati hati kurniaan Allah SWT berperanan menjadi penyelamat . Mata hati yang sentiasa bersinar terang milik orang yang beriman, walaupun ia berada di dalam kegelapan
     Begitulah keadaannya ketika seseorang itu berada dalam kesusahan, semakin bertambahnya ujian Allah, maka  makin terang mata hatinya menyuluh rasa hikmah disebalik ujian Allah itu. Dan yang pasti, akhirnya mampu menghadapi segala tekanan yang melanda jiwa. Maha Besar Allah.
     Sebagai manusia, bagaimana kita boleh memiliki mata hati yang cantik dan bersinar dalam apa juga keadaan dan situasi?
 
  (1) Kekal dalam kebaikan
- Manusia sentiasa dituntut untuk meletakkan dirinya sebagai pengendali kepada hawa nafsu dan pejuang yang dapat melawan hawa nafsu. Selagi mana manusia dapat menghadapi tentangan ini, maka dia dikatakan seorang abid iaitu insan yang sentiasa beribadat kepada Allah.
- Bagaimana pula dengan manusia-manusia yang mempunyai dua personaliti, jika bersama dengan orang baik, dia akan menjadi baik tetapi jika bersama dengan orang fasik ia pun berbalik menjadi fasik. Antara manusia yang kecuundang ini, ada yang sentiasa berusaha dan teguh imannya. Kesungguhannya untuk menjadi manusia beriman menyebabkan malaikat sentiasa menjadi kawan rapat yang memberi ilham, dorongan melalui perasaan dan pandangan hati.
- Ilham yang dicurahkan dalam hati manusia adalah petunjuk dari Allah SWT agar sentiasa sakinah dalam menjalani suka duka kehidupan. Maka bersinarlah mata hati orang yang beriman kerana sekali beriman, pantang hatinya berpaling kepada kekufuran.
- Antara tanda istiqamah ialah seseorang tidak akan meninggalkan amal salih yang dikerjakkan secara berterusan walaupun sedikit. Tanda istiqamah yang kedua ialah sikap tidak menunda amal salih kerana di sinilah syaitan meletakkan ranjaunya dan akhirnya tertipu oleh sikap suka bertangguh.
- Tidak banyak berangan dan sentiasa bermuhasah diri adalah tanda istiqamah, maksudnya kita tidak cepat berpuas hati dengan amal salih yang kita lakukan.

(2) Jangan bersedih
- Hati yang bersinar ada pada wajah yang reda, ceria dan gembira dengan apa saja ketentuan Allah.
- Kesedihan dan kerisauan boleh menjejaskan kesihatan hati kerana ia tanda tidak reda dengan ketentuan Allah.
- Semestinya orang beriman dengan Allah dan Rasulnya ketika dirinya dilanda musibah meyakini dengan sepenuh hati bahawa ada tiga keuntungan di sebalik ujian Allah iaitu, pembersih dosa, janji pahala di akhirat dan mendapat pengganti lebih baik daripada apa yang diuji itu .
- Sekiranya kita memiliki hati yang bercahaya yang mampu menyuluh dari kedalaman serta kegelapan, banyak kisah sedih, banyak kisah duka dalam memori yang mampu mendewasakan dan mematangkan diri.

Mudah-mudahan kita semua memiliki hati yang bercahaya, yang mampu menjadi kekuatan pada diri kita. Amin
  

0 comments:

Related Posts with Thumbnails