:: Teman-Teman ::

:: My Counter ::

Tuesday, September 14, 2010

Pelihara Adab Hari Raya

Ramadhan sudah berlalu pergi, Syawal datang lagi. Semoga kita dapat mengekalkan momentum keinsafan dan ibadat selepas Ramadhan. Pastinya untuk menyamakan tahap kuantiti ibadat di luar bulan Ramadhan adalah sesuatu yang tidak mampu dicapai kerana kelebihan Ramadhan itu sendiri. Cuma jika ingin difikirkan cara untuk mengekalkan  momentum, ia bermula dengan cara kita menyambut Hari Raya. Hati dan iman kita, memerlukan suasana keliling yang baik bagi menjamin kesan Ramadhan berterusan.

     Menurut Uztaz Zaharuddin Abd Rahman, terdapat beberapa perkara yang mesti dijauhi di hari yang mulia ini, bagi memastikan hasil kebaikan yang diraih di bulan Ramadhan tidak hilang secepat kilat. Antaranya ialah :

1. Menjaga sentuhan dan pergaulan - Bersentuhan di antara rakan berlainan gender, berpelukan, berpegangan tangan dan aktiviti yang lebih teruk dari itu semuanya merencat apa saja kebaikan puaasa.

2. Aurat antara ipar - Ipar duai yang tidak menjaga aurat satu sama lain, adalah merupakan satu dosa besar.

3. Wangian  yang berlebihan bagi wanita - Kaum wanita yang memakai wangian dan solekan, kemudian keluar rumah dan berada di kalangan lelaki yang bukan mahram adalah haram dan menjauhkan dia dari syurga Allah.

4. Pakaian wanita yang tidak mematuhi etika Islam - Memakai pakaian sempit dan nipis yang mendedahkan susuk tubuh, lalu bertandang ke khalayak ramai.

5. Ziarah kubur tanpa adab .
6. Meninggalkan solat - Terlalu sibuk berziarah sehingga meninggalkan solat secara sengaja adalah satu dosa besar.

7. Dosa bertempoh - Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan  Ramadhan.

Bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah SAW sendiri membenarkan umat  Islam bergembira di Syawal, dengan syarat, gembira itu dizahirkan dan dilaksanakan dalam bentuk yang diterima Islam.
  

1 comments:

مسافر_اسلام said...

salam...allhamdullah N3 yang menarik, syukran atas ilmu yang dikongsi bersama. setiap perkara yang kita lakukan semestinya ada adap2 tertentu.
Wasalam

Related Posts with Thumbnails