Mula-mula sekali, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan maya. Inilah kali pertama saya ke udara selepas hampir tiga bulan mendiamkan diri. Hari ini merupakan hari keempat kita semua merayakan hari mulia ini, mengikut suasana, persekitaran dan taraf hidup masing-masing.
Kesempatan berhari raya di musim cuti sekolah ini, sebaiknya kita gunakan untuk berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai. Jadikan Aidilfitri sebagai jambatan yang menyambung dan memperkukuhkan silaturahim. Jadikan amalan kunjung-mengunjung sebagai kemestian untuk membantu mempertahankan institusi keluarga yang semakin longgar. Suasana perhimpunan setahun sekali dalam sebuah keluarga di rumah orang tua di kampung halaman pastinya gamat apabila masing-masing mengimbas nostalgia dan membuka cerita lama. Detik paling syahdu, pastinya berlaku apabila terkenang ahli keluarga yang jauh atau tidak lagi bersama kita. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
3 comments:
Selamat Hari Raya...
:)
Maaf Zahir & BAtin:)
selamat hariraya cikgu
semuga kita dirahmatiNya
Salam,
Pn Kartini - Selamat Hari Raya juga buat Pn sekeluarga
Buat Jinggo - Maaf Zahir Batin, Selamat Hari Raya
Post a Comment