:: My Counter ::
Wednesday, October 6, 2010
Munajat Kecemerlangan
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 6:12 PM 1 comments
Labels: sesekali ingin berbicara
Sunday, September 26, 2010
Apa Sebenarnya Kekuatan Pada Diri Manusia
Badan yang besar, tulang yang kuat, harta yang banyak, belum tentu dapat menjadi kekuatan kepada seorang insan yang bernama manusia. Selain akalnya yang menyimpan berjuta inspirasi, ada satu kelebihan lain iaitu mata hati yang mengandungi kekuatan emosi.
Cantiknya kita, manusia , dijadikan Allah SWT dalam bentuk yang paling sempurna. Tetapi, kini, manusia mungkin lebih hina daripada binatang akibat daripada perbuatan tangan kita sendiri. Sepertimana yang terdapat dalam Surah al-Tin, ayat 4 dan 5 yang berbunyi, " Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian (jika ia panjangkan umur sehingga tua atau ia menyalahgunakan kesempurnaan itu) kami kembalikan ia ke serendah-rendah peringkat orang yang rendah."
Mati hati kurniaan Allah SWT berperanan menjadi penyelamat . Mata hati yang sentiasa bersinar terang milik orang yang beriman, walaupun ia berada di dalam kegelapan
Begitulah keadaannya ketika seseorang itu berada dalam kesusahan, semakin bertambahnya ujian Allah, maka makin terang mata hatinya menyuluh rasa hikmah disebalik ujian Allah itu. Dan yang pasti, akhirnya mampu menghadapi segala tekanan yang melanda jiwa. Maha Besar Allah.
Sebagai manusia, bagaimana kita boleh memiliki mata hati yang cantik dan bersinar dalam apa juga keadaan dan situasi?
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 3:21 PM 0 comments
Labels: santapan rohani
Friday, September 24, 2010
Antara Percaya atau Tidak...
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 9:49 PM 2 comments
Labels: santapan rohani
Ketahui 10 Cara Menjauhi Zina
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 10:08 AM 0 comments
Labels: santapan rohani, zina
Thursday, September 23, 2010
aPA naK jADi ???
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 4:27 PM 1 comments
Labels: sesekali ingin berbicara
Tuesday, September 14, 2010
Pelihara Adab Hari Raya
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 7:53 AM 1 comments
Labels: hari raya, santapan rohani
Monday, September 13, 2010
Berita Harian Online | Penyewa terkejut tuan rumah suspek kes bunuh Sosilawati
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 7:29 PM 2 comments
Kronologi Datuk Sosilawati Hilang
7 September 2010
8 September 2010
9 September 2010
10 September 2010
11 September 2010
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 1:20 PM 0 comments
Labels: tragis
Jom Puasa Enam
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 10:48 AM 0 comments
Labels: hari raya, santapan rohani
Salam Aidil Fitri
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 7:55 AM 3 comments
Labels: ucapan
Tuesday, June 1, 2010
Hanya Menunggu Masa...
Tadi sempat juga beberapa teman baik bersalaman, mengucapkan selamat jalan kepada saya. Ada juga yang berhajat mengirim doa. InsyaAllah, akan saya sampaikan hajat masing-masing. Tidak kurang juga yang melahirkan rasa sedih kerana hasrat mereka untuk menunaikan umrah masih belum tercapai lagi. Pada saya cukup mudah, apa sahaja yang berlaku adalah kerana keizinanNya. Mungkin harinya akan sampai juga. Apa yang penting, berdoa supaya segera kita menjadi tetamuNya.
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 9:41 PM 2 comments
Labels: borak-borak
Wednesday, May 26, 2010
Iman... Oh Iman !
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 4:23 PM 0 comments
Labels: santapan rohani
Saturday, April 10, 2010
Dari Kotak Emel - May I Borrow RM25?
SON: 'Mummy, may I ask you a question?'
MUM: 'Yeah sure, what it is?' replied the woman.
SON: 'Mummy, how much do you make an hour?'
MUM: 'That's none of your business. Why do you ask such a thing?' the woman said angrily.
SON: 'I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?'
MUM: 'If you must know, I make RM 50 an hour.'
SON: 'Oh,' the little boy replied, with his head down.
SON: 'Mummy, may I please borrow RM 25?'
The mother was furious, 'If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so selfish. I don't work hard everyday for such childish frivolities.'
The little boy quietly went to his room and shut the door.
The woman sat down and started to get even angrier about the little boy's questions. How dare he ask such questions only to get some money?
After about an hour or so, the woman had calmed down, and started to think:
Maybe there was something he really needed to buy with that RM 25 and he really didn't ask for money very often . The woman went to the door of the little boy's room and opened the door.
'Are you asleep, son?' She asked.
'No Mummy, I'm awake,' replied the boy.
'I've been thinking, maybe I was too hard on you earlier' said the woman. 'It's been a long day and I took out my aggravation on you. Here's the RM 25 you asked for.'
The little boy sat straight up, smiling. 'Oh, thank you Mummy!' he yelled. Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills.
The woman saw that the boy already had money, started to get angry again.
The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his mother.
'Why do you want more money if you already have some?' the mother grumbled.
'Because I didn't have enough, but now I do,' the little boy replied.
'Mummy, I have RM 50 now. Can I buy an hour of your time? Please come home early tomorrow. I would like to have dinner with you.'
The mother was crushed. She put his arms around her little son, and she begged for his forgiveness.
It's just a short reminder to all of you working so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts. Do remember to share that RM 50 worth of your time with someone you love.
If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of hours. But the family & friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives.
Moralnya - Luangkanlah sedikit masa buat yang tersayang.
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 8:34 AM 0 comments
Labels: borak-borak
Monday, April 5, 2010
Cubalah Terima Pandangan Orang Lain...

Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 5:00 PM 6 comments
Labels: motivasi, santapan rohani
Sunday, March 28, 2010
Ada Hati Yang Terluka Lagi...
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 9:27 PM 2 comments
Labels: sesekali ingin berbicara
Saturday, March 27, 2010
Terima Kasih, Ya Allah ..
Setiap kali saya bangun tidur dan membuka mata, yang terucap adalah kalimah syukur kerana Allah masih mengizinkan saya kembali melihat sinar mentari. Merasai hembusan angin pagi yang menerobos celah jendela.
Kemudian melangkahlah dengan iringan doa menuju medan perjuangan kehidupan. Dengan tuntunan-Nya, semoga saya tidak melangkah ke jalan yang salah, tidak menjamah yang bukan hak, tidak melihat yang dilarang, tidak meneguk yang tidak halal, tidak mendengar yang lagha, dan tidak melakukan perkara yang dosa.
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 3:00 AM 0 comments
Labels: motivasi
Friday, March 26, 2010
Nyanyi ???
Wahai Tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarMu
Wahai Tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku
Ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya Engkau
sang maha pengampun dosa
Ya Robbi, ijinkanlah
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambaMu
Ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya Engkau
sang maha pengampun dosa
Berilkanlah aku
kesempaatn waktu
aku ingin kembali
kembali...
Dan meski aku tak layak
sujud padaMu
dan sungguh tak layak
aku...
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 3:44 PM 0 comments
Labels: diari
Wednesday, March 24, 2010
Istimewanya Wanita
Sekadar renungan untuk mereka yang bergelar Muslimah.. ketahuilah betapa istimewanya Allah SWT menjadikan kita sebagai seorang WANITA..
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 5:39 AM 0 comments
Labels: motivasi, santapan rohani
Tuesday, March 23, 2010
Dibelit Ular
"Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram," tegas beliau dengan nada kesal.
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 5:37 AM 2 comments
Labels: santapan rohani, sumbang, zina
Monday, March 22, 2010
Lagi Tentang Zina
Penzinaan Dalam Islam
Allah SWT berfirman dalam Alquran. ``Janganlah kamu mendekati zina! Sesungguhnya berzina itu merupakan yang keji lagi tercela.’’ (Q.S. al Israa`:32)
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 5:35 AM 0 comments
Labels: santapan rohani, sumbang, zina
Sunday, March 21, 2010
Bencana Akhir Zaman
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 12:04 AM 0 comments
Labels: diskusi ilmiah, santapan rohani
Saturday, March 20, 2010
Wasiat Hasan al Banna
APA WASIAT HASAN AL BANNA PADA KITA SEMUA ?
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 10:16 PM 0 comments
Labels: santapan rohani
Tahniah !
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 2:59 PM 0 comments
Labels: sekolah, sesekali ingin berbicara
Tuesday, March 16, 2010
Wasiat Agung
Wasiat dari Allah S.W.T
Dari Nabi Muhammad S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T. telah memberikan lima wasiat, antaranya :
• Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
• Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
• Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
• Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
• Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T..Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
• Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
• Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
• Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
• Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
• Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
• Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
• Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah S.W.T daripadanya."
Semoga kita semua mampu menerimanya, Amin
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 6:58 PM 0 comments
Labels: santapan rohani
Saturday, March 6, 2010
Diari - Syukur

Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 7:17 AM 0 comments
Labels: diari
Monday, February 22, 2010
S.P.A
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 9:22 PM 6 comments
Labels: motivasi
Thursday, February 18, 2010
Setuju Tak ?
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 9:10 PM 7 comments
Labels: borak-borak
Pesanan Imam Ghazali
ANAKKU!
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 7:40 AM 4 comments
Labels: santapan rohani
Wednesday, February 17, 2010
Bila Aku Sudah Tua
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 12:25 PM 5 comments
Labels: sesekali ingin berbicara
Tuesday, February 16, 2010
Inilah Jadinya Kalau Tiada Ilmu...
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 5:27 PM 9 comments
Labels: sesekali ingin berbicara
Monday, February 15, 2010
Sampainya Hati Dia...
Baru-baru ini saya ada menghadirkan diri ke satu ceramah agama, Jutawan Akhirat, menarik pengisiannya. Uztaz juga tidak lupa menyentuh sedikit tentang isu buang bayi, menurutnya kes ini amat membimbangkan. Bilangan anak luar nikah menurutnya mencecah puluhan ribu, itu statistik tahun lepas kata uztaz. Menakutkan. Lantas, saya terfikir adakah mungkin : silap ibu bapa, kerana tidak tahu jaga anak ? silap guru-guru yang tidak mengingatkan akan keburukan melahirkan anak luar nikah ? salah uztaz atau uztazah yang tidak menerangkan dengan jelas tentang hukum hukam melahirkan anak luar nikah, apalagi membunuhnya kerana tidak bersedia menerima kehadiran bayi yang tidak diundang ini. Atau juga mungkin silap para remaja sekarang ini yang tidak tahu membezakan antara yang halal dan yang haram akibat terlalu banyak disogokkan dengan hiburan-hiburan yang melalaikan.
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 3:47 PM 7 comments
Labels: diskusi ilmiah
Tuesday, January 5, 2010
Punca Kelemahan Pelajar Dalam Matematik - Bahagian 2
Saya pernah bertanyakan kepada pelajar saya, tentang kegagalannya menjawab beberapa soalan Matematik. Jawapan yang diberikan ialah," tak ingatlah teacher ". Itu jawapan yang diberikan kepada saya.
Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan ingatan, antaranya ialah dengan mengurangkan lupaan. Betul kan ? Pelajar perlu memahami betul-betul tentang isi pelajaran yang cuba disampaikan. Pastikan semua yang disampaikan oleh guru-guru anda meresap dan kekal di dalam ingatan. Ingatan juga dapat ditingkatkan dengan membuat ulangkaji dan latih tubi. Menurut Campbell, (saya tidak ingat bukunya), 'the most important thing with homework, of course, is to do it'. Menurutnya lagi, masa yang terbaik untuk membuat ulangkaji Matematik ialah selepas tamatnya kelas Matematik. Ini adalah kerana, menurutnya ingatan pada ketika itu masih kekal segar lagi. Sekiranya latihan itu boleh diselesaikan, pastikan bahawa pelajar memahaminya. Campbell turut menyatakan ,' If you can't solve the problem easily, you'll learn more. When you struggle a problem, you tend to concentrate on it. And when you concentrate, you tend to remember '. Saya sering mengingatkan pelajar-pelajar saya supaya membuat latihan yang saya bekalkan setiap hari, kerana pada saya latih tubi adalah merupakan aktiviti pembelajaran yang dilakukan secara berulang-ulang untuk meneguhkan daya ingatan pelajar. Tapi biasalah , budak-budakkan, saya rasa rakan-rakan guru yang lain ada jawapannya.
Seperti yang saya nyatakan dalam entri terdahulu, '... it is important to link Mathematics with life'. Dengan membuat perkaitan, mengaitkan maklumat dengan persekitaran akan dapat membantu pelajar meningkatkan serta mengukuhkan ingatan pelajar.
Sikap juga memainkan peranan yang sangat penting. ' The differences between those who are goods at Math and those who are not is a matter of behavior... the key is practice. Lots of practice'. - Campbell. Pernyataan ini sudah cukup menjelaskan kepada kita bahawa sikap memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya pelajar-pelajar kita bersikap negatif, negatiflah jawapannya. Jumpa lagi di entri yang akan datang.
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 5:34 PM 5 comments
Labels: diskusi ilmiah
Saturday, January 2, 2010
Matematik. Apa Sebenarnya Punca Kelemahan Pelajar Melayu ?
Sebelum itu, mungkin saya boleh memperkenalkan diri saya, saya, Cikgu Norhaliza, kalau sebelum ini saya membahasakan diri saya dengan panggilan CN. Tahun ini saya berazam 'menaikkan' entri-entri yang lebih bersifat ilmiah, supaya kita boleh berbincang, bertukar-tukar pendapat, dan mengupas dengan mendalam tentang isu-isu yang cuba akan saya ketengahkan. Buat permulaan, entri saya yang pertama tahun 2010, saya ingin mengupas mengapa pelajar Melayu lemah dalam Matematik.
Tidak faham kemahiran yang diajar. Menjadi cikgu adalah merupakan cita-cita saya dari kecil. Mungkin melihat begitu semangatnya arwah abah mengajar murid-muridnya(beliau juga seorang guru Matematik) menjadikan saya begitu bersemangat untuk mengikut jejak langkah abah. Itulah impian saya dan akhirnya saya dapat apa yang saya idamkan. Saya cintakan profesion ini. Jika di sekolah, seandainya saya tidak diberi tugas-tugas yang saya minati , saya mudah berasa kecil hati. Kenapa khidmat saya tidak diperlukan ?Kenapa mereka tak bagi aku tugas itu ? Bisik hati kecil saya. Dan sehingga ke hari ini, perasaan itu masih ada lagi. Saya bersyukur. Saya jadi susah hati sekiranya nama saya tidak tersenarai dalam apa-apa juga aktiviti yang ada kaitan dengan Matematik. Itulah saya. Anak-anak yang sudah dewasa dan menuntut di sekolah berasrama memberi kredit kepada saya untuk duduk di sekolah lebih masa dan ada masanya saya menyambung tugasan di rumah.
Di kelas, sebaik mungkin saya akan memastikan pelajar-pelajar saya memahami apa yang saya ajar. Lebih-lebih lagi, sekarang, saya mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris. Itu tidak menjadi masalah pada saya. Kerana ketika di sekolah rendah dan menengah dulu, saya belajar di sekolah methodist, untuk berbahasa Inggeris, bukanlah perkara sukar. Apa yang sukar ialah untuk memahamkan pelajar -pelajar saya tentang kandungan atau kemahiran Matematik yang cuba saya sampaikan. Alhamdulillah setakat ini, maklumbalas yang saya terima dari pelajar-pelajar saya , amat menggembirakan.
Saya tidak risau dengan pelajar-pelajar dari kelas elit. Saya simpati dengan pelajar-pelajar kelas sederhana maupun yang lemah. Kenapa mereka perlu faham tentang kemahiran yang saya ajar? Saya terangkan kepada pelajar. Ini penting, kerana sekiranya pelajar-pelajar faham apa yang perlu mereka faham, saya tidak nampak mengapa Matematik menjadi killer subject pada mereka. Saya terangkan sehingga mereka benar-benar faham. Alhamdulillah , hasilnya kini saya nampak. Untuk memudahkan mereka memahami topik yang saya ajar, saya sering kaitkan Matematik dengan kehidupan seharian meraka. Saya ambil contoh-contoh mudah yang berlaku di persekitaran mereka. Saya letakkan diri saya sealiran dengan mereka. Sekiranya pelajar faham apa yang mereka belajar, secara tidak langsung, minat akan datang dengan sendirinya.
KESIMPULANNYA ...
Ditulis oleh Cikgu Norhaliza™ at 6:40 PM 8 comments
Labels: diskusi ilmiah